Wednesday, October 31, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Segar Dari Kebun

Bendi singa, kacang panjang dan selom yang dituai petang kelmarin. Semuanya masih segar dari kebun. Bendi singa dah dituai dua hari lepas untuk dibarikan kepada kawan. Tak banyak yang tinggal. Biasanya bendi dituai empat hari sekali. Bndi yang paling atas sudah cukup tua untuk dijadikan benih. Ia dipetik daripada bendi dalam foto di bawah. Selom dipetik untuk sekali makan sebagai ulaman. Kacang panjang galaxy adalah tuaian pertama, hasil belum banyak lagi tapi tuan kebun puashati sebab ianya segar dari kebun dan seperti biasa ia bebas racun. Boleh dimakan segar tanpa ragu-ragu.

Buah bendi singa yang tidak dituai untuk dijadikan benih. Saya simpan dua biji buah bendi sulung supaya mendapat buah terbaik sebagai benih.

18 comments:

  1. wahhhhhh... daun selom tu best wat ulam.. makan ngan sambal gesek nasi panas2.. ikan goreng.. perghhhhhhhhh...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    en.adry,saya nak tanya kat mana leh dapat ya benih atau mcm mana nk tanam pokok selom. saya memang suka dengan selom.

    Tq

    ReplyDelete
  3. Salam en. adry..bendi singa ni mcm berduri tak kulitnyer? yg kat umah nie mcm berbulu duri banyak gak..kalau pegang camtuh blh gatal tangan jdnya...benih bendi pun sy simpan kat pohon mcm en.adry gak..

    ReplyDelete
  4. betul tu, biasanya buah sulung dibiar tua supaya benih adalah terbaik..lepas ni lagi banyak pokok bendi ye..

    ReplyDelete
  5. @JaSSNaNi

    Daun selom sedap dimakan sbg ulam. Kena pulak yg segar dari kebun. Lagi sedap. Daun selom ni juga blh dibuat kerabu dan dijadikan ulaman laksa.

    ReplyDelete
  6. @Ibu Qistina
    As salam Ibu Qistina,
    Pokok selom blh ditanam dgn menggunakan btg pkk tua. Cucuk terus ke tanah, InsyaAllah ia akan hidup. Selom yg saya tanam ni guna btg selom yg dibeli di pasar. Bhgn yg lembut dimakan sbg ulam dan yg agak keras saya tanam. Ia mudah hidup dan suka kpd tempat yg lembab. Blh juga ditanam di kawasan jauh drp sumber air tp perlu disiram supaya tanah tak kekeringan.

    ReplyDelete
  7. @ummuaidan
    As salam ummu,
    Bendi singa yang saya tanam ni ada bulu2 halus dan agak kasar. Perlu dibuang semasa ia dibasuh. Bendi yg kita simpan kat pokok blh dituai apabila dah tua, kulitnya akan merekah jika dibiarkan.

    ReplyDelete
  8. @mat jon
    Buah sulung biasanya yg terbaik utk dijadikan benih. Bendi singa ni jenis baka hibrid. Org yg biasa bertanam kata, anak pokok dan hasilnya tak sama dgn pokok induk. Saya baru tnm bendi emas yg dikatakan berbuah lebat sbg pengganti bendi singa. Bendi singa akan di tanam bila bendi emas dah krg berbuah.

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum Adry,
    pokok selom, tumbuh merebak macam kesum ke atau macam ulam raja.

    ReplyDelete
  10. Sya pun suka daun selom.tp terbca suka tmpt yg berair..klu tnm dlm pasu boleh ka en adry?

    ReplyDelete
  11. As-salam Adry

    Berbendi, berkacang, berselom
    Hati senang bibir tersenyum.
    Sebabnya, gerenti segar, racun sifar!

    ReplyDelete
  12. SERONOKNYE LEH MKN SAYUR SEGAR2...

    ReplyDelete
  13. @Puteri Purnama
    Wa'alaikumusallam cikgu,
    Pokok selom ni tumbuh mcm kesum. Ia akan menjalar jika dibiarkan. Kena selalu tuai pucuknya supaya ia tak menjalar.

    ReplyDelete
  14. @Hitomi Lavender
    Pokok selom mmg suka tmpt lembb tapi ia blh ditanam di tmpt yg jauh drp sumber air. Cuma pastikan tempat yg kita tnm(pasu/bekas) sentiasa disiram supaya tanah tak kekeringan. Letak di tempat yg terlindung atau redup spt di bawah naungan pokok. Ia juga sama spt pandan dan kesum yg blh ditanam dm pasu.

    ReplyDelete
  15. @Temuk
    As salam cikgu,
    Itulah yang seronoknya bila kita berbendi, berkacang dan berselom sendiri. Kita tak risau tentang kesegaran dan racun. Cuma petik bila rasa nk makan, basuh dan mkn dgn senang hati.

    ReplyDelete
  16. @LadyBird
    Seronok blh mkn sayur segar dr kebun. Kita blh petik hasil bila nk mkn. Semuanya masih segar.

    ReplyDelete
  17. bestnya ada kebun, semua segar dari ladang tak susah beli

    ReplyDelete
  18. Setakat ni baru tiga jenis yg blh dituai, bendi, kacang pjg dan selom. Petola ular, petola segi(tenne), sawi fair lady, kailan, bendi emas, cili kulai king, cili solok, jagung isi putih, jagung honey jean 2, jagung top star, peria dah ditanam dlm kebun kecil. Ada yg dah berbuah dan ada yg masih kecil.

    ReplyDelete