Friday, August 3, 2012

Jikalau Tidak Berada-ada, Masakan Tempua Bersarang Rendah


Peribahasa Melayu kebanyakan bersumberkan alam semulajadi. Memerhatikan apa yang berlaku dan ada di persekitaran memberi ilham untuk mencipta peribahasa atau perumpamaan sejak lama dulu. Peribahasa yang berbunyi, jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah membawa maksud pasti ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.

19 comments:

  1. tapi mengapa ia bersarang rendah......

    ReplyDelete
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    Benarlah peribahasa nenek moyang kita itu. Tak mungkin berlaku sesuatu tanpa sebabnya. Elok pula sdra zul permatang badak bertanya hal sarang yang rendah. Sebabnya, agak saya, tempua itu mahu menjimatkan perbelanjaan.

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum
    saya tak pernah tengok burung tempua. kenapa tak fokus body burung tu.apa warna burung ni, mesti cantik kan.

    ReplyDelete
  4. @zul permatang badak
    Kenapa tempua bersarang rendah? Inilah yg jadi persoalan dlm peribahasa ni, pasti ada sebabnya ia membina sarang di tempat rendah. Sarang tempua dibina oleh burung tempua jantan dgn menganyam rumput2 kering secara tergantung pada bhgn hujung ranting pokok/daun kelapa. Saiz sarangnya yg besar dan berat berisiko utk jatuh bila ditiup angin kencang. Dek kerana itulah tempua jantan membina sarang di tempat rendah. Sarangnya yg jadi penentu utk membuatkan tempua betina terpikat atau tidak. Jika sarang dibina di tempat yg tak selamat, mesti kena reject...

    ReplyDelete
  5. @Temuk
    Peribahasa nenek moyang byk yg berilhamkan alam semulajadi. Mereka memerhatikan apa yg berlaku di sekeliling dan peribahasa ini wujud setelah melihat tempua bersarang rendah.

    ReplyDelete
  6. @Puteri Purnama
    Entri khas utk burung tempua akan muncul selepas ini. Dh byk gambar burung tempua yg saya ambil tp yg ni utk peribahasa. Tunggu entri yg akan dtg ye..

    ReplyDelete
  7. Selalu nmpk sarang je, burungnye x penah lak, heeee

    ReplyDelete
  8. Sarang brg tempua byk org jual sbg hiasan. Burung tempua ni bsr sikit drp burung ciak rumah.

    ReplyDelete
  9. tak pernah tgk sarang tempua yg cantik tu bergantungan kat pokok, tapi yg dh di ambil org selalu nmpk

    ReplyDelete
  10. sarang tempua ni kat pokok nyoq blkg umah. Sblm ni byk juga sarangnya tp dua tiga thn lps mereka hilang. Buat sarang kat tmpt lain kot. Masa ambik gmbr ni sarangnya sdg dlm proses utk disiapkan.

    ReplyDelete
  11. selalu tengok sarang tempua kat tempat yang tinggi2..tapi pernah jugak ternampak sarang tempua bersarang rendah...jeng,jeng,jeng...kenapa yea..dari pengamatan saya ianya ada kena mengena dengan keselamatan persekitaran..kalau kat bawah tu mmg tak selamat,contohnya dkt dgn kediaman manusia ke,sure tempua akan bersarang tinggi..tapi kalau tempat tu jauh dari gangguan dan di rasakan selamat,tempua akan bersarang rendah di situ..wallahualam

    ReplyDelete
  12. Bkn saja slmt dari ancaman dan gangguan musuh tp tiupan angin juga. Sbb tu sarang burung tempua ada yg dibina di tmpt tinggi dan rendah.

    ReplyDelete
  13. Berdasarkan pengalaman saya membesar di kampung...kalau tempua membuat sarang di pokok yg rendah dan boleh dicapai manusia, disekitar sarang tempua tu mesti ada sarang serangga penyengat atau sarang tebuan.. So kalu jumpa burung tempua bersarang rendah jgn la gatal tangan nak amik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul tu..saya pun biasa tengok di kampung ..selalunya ada sarang tebuan dekat2 situ..

      Delete
  14. Saya belum pernah lihat sarang burung tempua yg rendah. Kalau tgk pun dlm gambar je, tak tau pulak kalau tempua buat sarang rendah ada sarang penyengat. Diorang dah plan untuk keselamatan la tu.

    ReplyDelete
  15. Maksudnya seseorang atau sesebuah kumpulan yg melakukan sesuatu tanpa takut diganggu oleh pihak tertentu maka sudah pasti dia sudah kautim dgn pihak berkuasa tersebut. Contoh penebangan pokok balak tanpa lesen tanpa takut ditangkap.

    ReplyDelete
  16. Maksudnya seseorang atau sesebuah kumpulan yg melakukan sesuatu tanpa takut diganggu oleh pihak tertentu maka sudah pasti dia sudah kautim dgn pihak berkuasa tersebut. Contoh penebangan pokok balak tanpa lesen tanpa takut ditangkap.

    ReplyDelete
  17. Maksudnya seseorang atau sesebuah kumpulan yg melakukan sesuatu tanpa takut diganggu oleh pihak tertentu maka sudah pasti dia sudah kautim dgn pihak berkuasa tersebut. Contoh penebangan pokok balak tanpa lesen tanpa takut ditangkap.

    ReplyDelete
  18. Depan rumah aku byak la plak tempua buat sarang tp takut la jgak sebb tkut ada ular buat sarg dkt2.. Org kata klau sarg tempua byak ular sllu buat sarg dkt kawasan tu mgkin sbbtu org tua2 dlu amik ibart tu spy smpai mksud peribhasa ni tp wallahualam..

    ReplyDelete