Thursday, June 28, 2012

Locong

Locong biasanya dibuat dengan pelbagai bentuk dan warna.

Locong adalah salah satu makanan tradisional Kelantan yang akan dicari oleh penggemar dan peminatnya. Nama locong popular dan jadi sebutan ramai ketika bulan puasa kerana ia biasanya dijual dalam bulan Ramadhan sebagai makanan berbuka puasa. Locong dijual dalam bungkusan plastik. Bagi penggemarnya, ada beberapa cara untuk menikmati makanan pencuci mulut ini iaitu menuangkan santan yang dimasak dan dicampurkan air gula melaka/gula merah(seperti kuah cendol). Cara kedua, tuangkan susu pekat manis dan sedikit air masak, kacau rata dan boleh dimakan. Cara ketiga iaitu cara paling mudah, campurkan air gula ke bekas yang diisikan dengan locong dan nikmatinya. Rasanya yang kenyal dan sejuk sangat menyegarkan ketika berbuka.

15 comments:

  1. Salam.Warna warni locong penyeri meja berbuka nanti. Di Melaka ada bubur tebak rupa macam locong, warna dua sahaja, merah dan putih. Makan hanya dengan air gula. Kalau disejukkan boleh menghilangkan dahaga.

    ReplyDelete
  2. Mai locong sesupit, sedap ni menarik waktu berbuka, kenyal2 rasanya

    ReplyDelete
  3. @Hjh Noralenna Abbas
    As salam hajah,
    Locong ni memang dibuat pelbagai warna tapi rasa yg sama. Bubur tebak tu saya blm pernah lihat dan rasa. Mungkin juga bubur tebak dan locong dibuat drp bahan yg sama.

    ReplyDelete
  4. @EmbunRosaliza
    Kat KL mesti ada org jual locong dlm bln Ramadhan tp kat sini kompom takdak. Locong bkn saja blh dimkn tp buh dlm air sirap/sirap bandung mmg best.

    ReplyDelete
  5. sya nampak pelik tp kalau adry kata kenyal kenyal sya terbayang kueh yg ada santan, tp tepung uli dia kecik kecik sedap sungguh namanya taklah tahu dari tepung pulut kot agaknya

    ReplyDelete
  6. Locong ni teksturnya kenyal, sdp kalau kita mkn bila disejukkan. Kuih yg Sya bagitau tu apa namanya? Rasanya kuih jenis tradisional tu.

    ReplyDelete
  7. yg dlam gmbr 2 mcam ulat pon ade...hihih

    ReplyDelete
  8. As-salam ADRY
    Macam cendol warna-warni pula kuih locong tu. Dibuat dari tepung apa? Mungkin cara membuatnya serupa dengan cara membuat cendol, ya?

    Ada tak Adry punyai cerita kuih yang gunakan tepung sago?

    ReplyDelete
  9. @ezzyra
    Locong ni mcm2 bentuk dia. Ada yg bulat2 pjg, empat segi pjg, bersegi2, bulat2 dan yg mcm ulat pn ada.

    ReplyDelete
  10. @Temuk
    As salam cikgu,
    Locong ni dibuat dlm pelbagai warna tapi satu rasa spt cendol. Ia dibuat menggunakan sejenis jeli yang saya kurang pasti namanya. Proses untuk membuat locong tak sama dengan cendol.

    Kisah mengenai kuih muih menggunakan tepung sagu blm ada dlm blog ni. Bila ada yang sesuai dgn tema tradisional, saya akan tulis mengenainya.

    ReplyDelete
  11. Byknya juadah tuk Ramadan kat sini, tuan blog buat sendiri ke locong ngan bunga tg tu?:)

    ReplyDelete
  12. Locong tu saya ambik gmbr kat gerai org. Kuih buah tanjung saya beli. Blm penah buat kuih buah tanjung.

    ReplyDelete
  13. Mohon utk share. Terima kasih saudara.

    ReplyDelete
  14. Mohon utk share. Terima kasih saudara.

    ReplyDelete