Friday, June 1, 2012

Bunga Part XXIX

Sudah lama Dedaun Alam tidak bersiaran dengan bungaan. Bunga-bunga dalam siri ke 29 ini terdiri bungaan berwarna putih. Pasti ada peminat bunga berwarna putih kerana kebanyakan bungaan yang berwarna putih ini mempunyai bau yang harum.

Bunga melur hutan atau capa rengat. Putih suci warnanya dan berbau harum.

Bunga orkid liar yang tumbuh meliar. Bunga bersaiz kecil, hampir tidak dapat dilihat dari jauh. Pokoknya tumbuh di atas tanah dengan ketinggian sekitar 30cm sahaja.

Bunga siantan (ixora) putih atau di Kelantan ia dikenali dengan nama bunga tudung periuk putih. Ia juga berbau harum dan akarnya digunakan sebagai ubatan tradisional.

Bunga jeliti yang sangat harum baunya walaupun bersaiz kecil, ia mekar dalam jumlah yang banyak ketika berbunga.


12 comments:

  1. harum semerbak je blog abe..hihi

    ReplyDelete
  2. Harum ni terutama bunga jeliti tu. Semerbak harumnya..

    ReplyDelete
  3. ehehe, En. Adry, alat "penembak" baru nampaknya...cantik gambar2. Syabas!

    ReplyDelete
  4. Alat penembak ni tak la baru sgt. Sblm ni guna kamera 10MP, skrg guna yg berpiksel 14MP. Cuma saya tak suka teknik(edit guna software) yg menghilang keaslian sesuatu objek. Biarlah ia dlm keadan asal dan original.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya.. Saya mohon izin untuk linkkan entri saudara ini diblog. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. As-salam ADRY
    Yang putih memang cantik dan bersih. Si melur hutan itu betulkah bunganya ada yang berpetal 9, ada yang berpetal 8?

    ReplyDelete
  7. Cantik ciptaan Allah(swt).. Blh nk letak link kat blog Nur-nba. Terima kasih juga..

    ReplyDelete
  8. @Temuk
    As salam cikgu,
    Saya suka bunga berwarna putih sbb ampir semuanya berbau harum. Kelopak bunga melur hutan ni ada 9 utk yg normal tp ada juga yg mengalami kelainan genetik dgn kelopak lapan atau tujuh.

    ReplyDelete
  9. Kt umah CiM ada byk siantan. Mak yg rajin klau dtg dia akn trim mbentuk bonzai plbgai rupa

    ReplyDelete
  10. Siantan putih ada tak kat umah CiM? Yg putih tu spesis 'rare', pyh nk jumpa org tnm. Byk yg ditanam skrg varieti baru dgn pelbagai warna bunga. Rajin mak CiM membentuk bonzai. Pkk siantan kena pangkas secara berjadual utk elakkan ia tumbuh tnpa kawalan dan nk bagi ia nmpk cantik.

    ReplyDelete
  11. As salam..
    bila saya lawat bloh Adry@Daun banyak benda baru saya belajar. nampak gayanya saya akan mulakan 'memburu' bunga-bunga klasik nih untuk koleksi di rumah..kalau ada info tentang nursery di semenanjung nih menarik juga.

    ReplyDelete
  12. As salam,
    Bunga2 klasik atau jenis 'rare' mmg pyh nk dpt. Biasanya tak dijual dinurseri. Kalau nk tnm, kena rajin mencari. Pernah lihat pokok dan bunga dara singgah?

    ReplyDelete