Tuesday, May 15, 2012

Pucung Kuak @ Black-crowned Night Heron

Pucung kuak atau Black-crowned Night Heron yang hidup dalam kurungan. .


Pucung kuak (Nycticorax nycticorax) adalah antara spesis pucung yang terdapat di Malaysia. Ia hidup di hampir sebahagian dunia kecuali kawasan paling sejuk dan Australasia. Burung pucung kuak dewasa berukuran lebih kurang 64 cm (25 inci) panjang dan berat 0.8 kg. Ia mempunyai bulu berwarna hitam pada bahgian atas kepala dan badan. Bahagian tepi berwarna kelabu dan putih pada bahagian bawah. Burung pucung kuak jantan dan betina sama dari segi bentuk dan corak tetapi yang jantan lebih besar. Pucung kuak tidak mempunyai bentuk yang sama dengan spesis pucung lain. Badan mereka agak gempal dan tinggi kira-kira 63 cm dengan paruh, kaki dan leher yang pendek berbanding sepupu dalam famili yang sama iaitu bangau dan Day Heron. 

Burung ini suka membuat bising burung ketika bersarang dalam koloni. Sarang mereka dibina menggunakan ranting kayu di atas pokok dan tanah. Pucung kuak bertelur diantara tiga hingga lapan biji. Mereka mendiami kawasan berpaya air tawar atau air masin(pantai). Seperti namanya, burung ini mengeluarkan bunyi 'quok' atau 'kuak..kuak'.

Burung pucung kuak memakan ikan, krustasia, katak, serangga akuatik, ular, mamalia kecil dan bururng kecil.. Burung ini akan berdiri dan menunggu untuk menyerang hendap mangsanya pada waktu malam atau awal pagi.  Pada siang hari mereka berehat di atas pokok atau semak.

6 comments:

  1. ada satu spesis pucung,....leher panjang,.....kalau kena jerat nak pegang perlu berhati-hati...nanti kena patuk biji mata kita....
    pucung apa tu....?

    ReplyDelete
  2. Spesis pucung lain semuanya leher panjang. Pucung kuak ni je yg leher pendek tp masa nk tgkp mangsa, lehernya blh jd pjg. Pucung yg selalu ada di kwsn air twr spt bendang padi tu pucung keladi. Badannya ada corak dan saiznya kecil. Kalau kena tgkp ia akan pertahankan diri dgn mematuk apa saja termasuk biji mata..

    ReplyDelete
  3. macam penguin..hihi...tp warna cntik.

    ReplyDelete
  4. Nmpk mcm penguin sbb cara berdiri hampir sama. Pucung ni ada sayap dn blh terbang tinggi.

    ReplyDelete
  5. oh, x pernah jumpa lagi... Saya biasa jumpa pucung serandau dan pucung keladi... ni kali pertama tengok pucung leher pendek!

    ReplyDelete
  6. Pucung keladi hidup di kwsn sawah dan paya. Pucung kauk ni burung migrasi sebenarnya. Skrg dh jadi pemaustatin tetap Malaysia. Ia satu2nya burung dlm spesis pucung yg berleher pendek.

    ReplyDelete