Sunday, March 11, 2012

Roystonea Regia

Roystonea regia lebih dikenali dengan nama royal palm.

Roystonea regia merupakan tumbuhan jenis palma yang berasal dari Florida, Cuba, Kepulauan Carribean, dan Mexico. Spesis ini merupakan palma yang seing mendapat tempat untuk ditanam sebagai pokok hiasan. Ia sering ditanam sebagai penghias jalanraya atau lebuhraya dan taman berskala besar dan  luas. Pokok palma dari famili arecaceae ini dikenali sebagai royal palm. Ketinggian palma ini mencapai sehingga 30 meter. Tidak sesuai ditanam sebagai pokok hiasan di laman rumah yang terhad kerana saiznya besar dan tinggi..

6 comments:

  1. Mmg utk hiasan semata ye, xde buah2 utk di mkn... :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, ADRY
    Royal palm kawan di kawasan rumahnya menjadikan saya takut - kalau-kalau tumbang menimpa rumah, kenderaan, dan sebagainya. Upan tebang + buang pun mahal. Saya suka dwarf date. Pernah beli dua pokok (setinggi 1 kaki)& tanam atas tanah. Bila dah setinggi 1 meter, satu daripadanya mati. Sedih!

    ReplyDelete
  3. @Melati Qistyna's Mummy
    Pokok palma ni biasanya org tnm sbg hiasan tp boleh kalau nk mkn umbutnya. Ada spesis pinang hiasan yg blh dimkn buahnya spt buah pinang biasa.

    ReplyDelete
  4. @Temuk
    Wa'alaikumusallam cikgu,
    Biasanya pokok drp spesis palma payah nk tumbang dlm keadaan biasa kecuali berlakunya ribut. Angin kencang tiada masalah utk pokok ini bertahan. Ada satu lagi spesis roystonea yg lebih besar dn tinggi. Dwarf date(ada dlm n3 sblm ni)spt dlm foto, sebelah kiri. Dwarf date cantik dn lbh mudah dijaga, cuma ia berduri. Tingginya hanya 3 meter. Pokok yg cikgu tnm tu dh lama sbb dh setinggi 1 meter. Pokok tu ada dlm entri blog cikgu kan? Yg ada pokok orkid merpati menumpang tu.

    ReplyDelete
  5. comel kawasan tu....boleh berlari-lari...
    sesuai untuk rehatkan minda.....

    ReplyDelete
  6. Taman ni mmg cantik tp ada bhgn2 yg tak diruskan dgn baik. sayang pula tgk tmpt indah tak dijaga. Taman ni antara lokasi pilihan utk aktiviti joging. Selain selesa, ia juga slmt berbanding joging di jalanraya.

    ReplyDelete