Friday, March 30, 2012

Ptychosperma Macarthurii @ MacArthur Palm




Nama botani: Ptychosperma macarthurii
Famili: Arecaceae

Palma yang berasal daripada famili arecaceae ini berasal dari Bahagian Utara Queensland, Australia dan Papua New Guinea. pokok palma yang lebih dikenali dengan nama Palma MacArthur, MacArthur Feather Palm, Cluster Palm dan Hurricane Palm ini banyak ditanam di hampir seluruh dunia sebagai pokok hiasan. Palma MacArthur tumbuh secara berumpun dengan ketinggian sehingga 9 meter tetapi biasanya ia tumbuh antara 3-6 meter bila ditanam sebagai pokok hiasan. Kada pertumbuhan sederhana dan perlahan bergantung kepada keadaan.  Ia boleh ditanam secara tunggal atau secara berumpun.

10 comments:

  1. pokok ni ada buah kan...
    tak tak silap saya buahnya macam buah belinjau.
    kekadang orang panggil pokok pinang merah.
    betulkan saya kalau salah.

    ReplyDelete
  2. Dari jauh batangnya mcm pokok pinang, Cuma ia berumpun Dan daunnya lain skit... kan...

    ReplyDelete
  3. As-salam ADRY
    Saya suka palma ini, tapi sudah tak tahan kutip daun keringnya. Setiap rumpuan ada 4-5 pokok. Banyak daun keringnya, sebab dulu saya punyai lebih daripada 30 batang semuanya. Dah potong. Kini tinggal 6-7 batang saja!

    ReplyDelete
  4. @norliha
    Pokok palma MacArthur ni bebuah mcm pinang juga. Bentuk buah lbh kurang belinjau. Pokok pinang merah spesis yg berbeza dgn palma ni. Nanti saya post dlm blog ni gmbr dn info pokok pinang merah tu. Pokok palma tu btgnya warna merah.

    ReplyDelete
  5. @Melati Qistyna's Mummy
    Palma MacArthur mmg nmpk mcm pinang sebab mereka sepupu sepapat. Btg palma ni kecik je, besar sikir drp lengan org dewasa. Pelepah daun pn agak pendek.

    ReplyDelete
  6. @Temuk
    As salam cikgu,
    Banyaknya cikgu tnm pkk palma MacArthur ni. Sayang pulak pkk tu kna ptg sehingga tinggal 7 btg saja. Palma ni jenis tinggi dn tidak guna ruang dgn byk, pelepah pn bersaiz kecil, sng nk kutip utk bersihkannya. pelepahnya tidak perlu pemangkasan sbb ia gugur sendiri bila tua dan kering.

    ReplyDelete
  7. info yang berguna.....rasanya buahnya boleh dimakan

    ReplyDelete
  8. mungkinkah buahnya yg merah jadi makanan burung atau si tupai?

    ReplyDelete
  9. @muazlumut
    Saya tak pasti buahnya selamat dimakan atau tidak sbb ada spesis yang buahna mengandungi toksik.

    ReplyDelete
  10. Kalau burung dgn haiwan pemakan buah yang lain mungkin blh mkn buah palma ni sbb mereka ada cara utk mengatasi keracunan toksik.

    ReplyDelete