Sunday, March 18, 2012

Lagenda Dalam Taman - Part 2

Kisah Lagenda Dalam Taman Part 2 adalah kesinambungan daripada Lagenda Dalam Taman Part 1

Pulau Jong. Arca jong karam sebagai petunjuk kepada nama sebuah pulau di Langkawi.

Nama tiga buah pulau di sini berkisahkan lagenda dan mitos mengenai kerbau balar.

Duyung dan bola emas.

Pulau Kentut Besar dan Kentut Kecil adalah antara gugusan pulau di Langkawi.

Telana dan Telani.

Telani dan Telanai mengisahkan mengenai percintaan di antara seorang dayang istana bernama Telani dengan kekasihnya,Telanai, seorang pahlawan. Selepas mengalami malapetaka berturut-turut, Sultan yang mendapat tahu mengenai hubungan tersebut telah menyalahkan hubungan dayang istananya itu sebagai punca malapetaka tersebut. Sultan kemudiannya telah memerintahkan Telani dibuang daerah ke sebuah pulau yang sunyi iaitu Pulau Dayang Bunting. Di situ Telani telah melahirkan seorang anak lelaki. Tidak lama kemudian, Telanai pun belayar menuju ke pulau tersebut bagi mengubati rindunya terhadap Telani dan anaknya. Semasa pelayarannya, secara tiba-tiba, kilat sambar-menyambar bersertakan guruh-gemuruh. Anak Telani yang sedang nyenyak tidur di pinggir tasik terjaga ketakutan, lalu terjatuh ke dalam tasik itu. Setelah kabus hilang, Telanai telah bertukar rupa menjadi sebuah pulau yang kini dikenali sebagai Pulau Tajai, sementara Telani pula menjelma sebagai batu besar di tempat dia menangis. Menurut cerita, seekor buaya putih kerap cerita muncul berenang di antara Pualau Tajai dan batu besar itu. Dikatakan bahawa buaya itu adalah jelmaan anak pasangan kekasih tersebut.

10 comments:

  1. kerbau balar tu dalam Taman lagenda gak ke?Baru kot yang ni
    Dulu tadak lagi
    Byk tul lagenda kat pulau lagenda ni

    ReplyDelete
  2. Lagenda dlm tanam ni jugak la. Yg ni dh ada lama. Tak perasan kot sbb ia dlm air. Langkawi mmg byk kisah lagenda dan mitosnya.

    ReplyDelete
  3. tidak dicatat tapi kisah ini bersambung dari mulut kemulut, menjadi lagenda.....menarik tentang penceritaan.....
    tapi lagi bagus jika dapat melihat sendiri.....
    harap masa mengizinkan......

    ReplyDelete
  4. .... Ingat kerbau betul td
    .... Ada gak Nama tempat ken tut yek... Hehehe

    ReplyDelete
  5. Kisah atau peristiwa tiada sebarang catatan tetapi ia dibawa/disebarkan dari mulut ke mulut. Kejadian yg benar2 terjadi namun ditokok tmbah menjadikan ia suatu lagenda. Langkawi memang terkenal dgn kisah lagenda dan mitos. Kisah2 ini yg membuatkn ia lbh menarik.

    ReplyDelete
  6. @Melati Qistyna's Mummy
    Kalau kerbau yg betul saya pn tak berani nk gi snap gmbr dkt2. Tgk la tanduk kobau tu..

    Pulau Kentut Besar dan Pulau Kentut Kecil ada dlm peta gugusan Langkawi. Tiada org duk kat situ.

    ReplyDelete
  7. dah lama x jejak kaki kat langkawi

    ReplyDelete
  8. Dh lbh 4 thn alla x mai sini. Lgkwi pn dh byk berubah.

    ReplyDelete
  9. As-salam. Adry. Wow, banyak benda baru kat Langkawi. Bilalah agaknya nak sempat (dan ada tambang!) nak ke situ. Geli hati saya dengan pameran kawasan Kentut Kecil dengan Kentut Besar tu. Kawasan tu mesti ada aroma istimewa, tak?

    ReplyDelete
  10. As salam cikgu,
    InsyaAllah cikgu akan smpai ke sini nanti. Tmbg pn tak tinggi jika guna kapal udara.. Kawasan Kentut Besar dan Kentut Kecil tu tiada apa2 aroma yg kurang menyenangkan. Hanya ada aroma segar dr pokok2 yg ditanam kat situ. Nama 2 buah pulau tersebut berdasarkn lagenda seorg putera yg makan nasi mentah semasa kenduri kahwin. Semasa dlm pelayaran, putera terkentut berhampiran 2 pulau tersebut. Jadi, pulau bnerdekatan diberi nama sempena peristiwa itu.

    ReplyDelete