Tuesday, February 28, 2012

Sambal Pauh Ikan Kering

Sambal pauh ikan kering adalah salah satu makanan tradisional Kelantan. Mungkin di negeri lain terdapat sambal yang menggunakan mangga muda dan ikan kering ini. Sambal pauh ikan kering ni kegemaran saya dan jika terasa nak makan, proses sendiri je. Cara membuatnya mudah tapi memerlukan kesabaran. Caranya seperti tertera di bawah.

Ikan kering (bukan ikan masin) jenis gelama belah sederhana besar dibakar. Asingkan isi ikan daripada tulang. Tumbuk isi ikan kering sehingga lumat seperti dalam foto.

Tumbuk isi ikan kering yang telah lumat tadi bersama lada burug atau cili api. Saya menggunakan 10 biji lada burung. Tumbuk kedua bahan ini sehingga lada hancur. Masukkan mangga muda yang telah dikupas kulit dan dipotong(dicincang). Tumbuk ketiga-tiga bahan ini sehingga semuanya sebati.

Sambal pauh ikan kering yang masam, pedas dan masin sangat menyelerakan bila dipasangkan dengan nasi panas, ikan atau daging singgang.

Makanan tradisional dalam pinggan klasik. Pasangan yang sepadan.

33 comments:

  1. Fuhhh... Membacanya pon dh kecur... Hehehe. Nanti leh try la, nak kena cr mangga muda kat p.mlm lak... :)

    ReplyDelete
  2. wah,,,nyum2...sekarang ni musih pauh kan...pauh ringan..sedap..

    ReplyDelete
  3. Assalam en daun, lamanya tak buat sambal pauh ni, terliur tgk bila ikan kering tu di tumbuk lumat, akk kalo buat tumbuk ikan bermalas2an je heheh, kalo ada pauh free best gak buat ni, nak beli karang tak habis pulak huhu. Mmg cun posing dalam pinggan klasik tu, eh ada juga ek pinggan tu kat langkawi

    ReplyDelete
  4. @Melati Qistyna's Mummy
    Blh la kalo mummy aty nk cuba buat. Mmg sdp rasanya. Kna cari stok ikan kering gelama belah(2 ekor sederhana bsr dh ok), lada dan mangga muda.

    ReplyDelete
  5. @ezzyra
    Dah abess pn sambal pauh tu. Kak Mein pn mkn, buat sblm bby lahir ni. Kat sini takdak pauh ringan, guna pauh yg besar betis tu.

    ReplyDelete
  6. @EmbunRosaliza
    Ikan kering tumbuk bagi lumat baru ok. Buat sendiri je semua tu, Mein tlg tgk dan tlg mkn sbb i x bg dia buat...hehe.. Akak mai sini, skrg musim buah pauh, ada yg msih bbunga, ada yg putik dn yg dh besar2 pn ada. tggu nk msk je. Manis rasanya mcm pauh samsim atau mas hitam. Pinggan antik tu tp bkn bunga kangkung kot.

    ReplyDelete
  7. kalau di sini kami ltk udang baring/ udang kering.. sedap.. campur ngn nyior.. belacan.. kalau ade buah pauh ltk buah pauh.. sedapnye..

    ReplyDelete
  8. sedapnya....sungguh kutergoda..telan ayaq liuq je ni..
    mmg kena la sambal pauh dok dalam pinggan antik tuh

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum en daun.
    apa kbr tuan punya kebun, mahsuri n tuan puteri? moga sihat hendaknya. teruja sungguh tgk sambal pauh ikan kering en daun ni. penah rasa dulu ms makan di kedai makan wakaf che yeh. en daun buat sendiri ke ikan kering tu? mana nak cari ikan kering yg tak masin ya sbb rata2 yg dijual mesti yg masin. sedapnya...

    ReplyDelete
  10. Sedak nih....lamo tok make....terliur wehhhh.....

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum ADRY
    Kali pertama tahu perihal sambal spesial ini. Insya-Allah saya akan cuba, "bila tak ada orang di dapur"! Ikan lain, ramuan di'blender', ramuan dicampurkan sikit gula, boleh tak?

    ReplyDelete
  12. SAMBAL MACAM TU YANG JADI PEMBUKA SELERA, ERMMM KECUR MULUT JADINYA ;P

    ReplyDelete
  13. Perghh.. Meleleh air liur... Nmpk sedap je. Hehe..

    Salam ukhuwah

    ReplyDelete
  14. eee.....pedah ngesik,.....lengok kelangit ni....
    tapi kalu gu ngeng ike singgang,.....cicoh woh kerdas....malah nok royat....sedak meme sedak...

    ReplyDelete
  15. @LadyBird
    Yg bubuh udang kering/baring tu sambal atau kerabu mangga? Biasanya kalau buat kerabu, ikan kering tak dimsukkan sekali. Dan kerabu tak ditumbuk, cuma gaul mesra saja.

    ReplyDelete
  16. @lina_pg
    Ternyata sambal ikan kering buah pauh sedap. Sekejap je dh abes. Masa nk snap gmbr, tgk ada pinggan ni. Buh dlm tu la, baru sepadan.

    ReplyDelete
  17. @anis
    Wa'alaikumusallam kak anis, kitorg semuanya ok. Baru je tmbh sorang lg ahli keluarga pd 19 Feb 2012. Seorg putera.
    Ikan kering tu saya beli, tak biasa buat ikan kering..hehe.. Yg saya maksudkan, guna ikan kering bkn ikan masin. Ikan masin tu jenis basah. Sambal ni tak blh gna ikan masin. Kat Kelantan ada la sambal pauh ikan kering ni sbb ianya asli dari sana.

    ReplyDelete
  18. @Mixed-family in da house....
    Sedak la sambal pauh ike kering. Sbb tu saya buat sendiri bila raso nk make.

    ReplyDelete
  19. @Temuk
    Wa'alaikumusallam cikgu,
    Sambal ni jenis makanan tradisional dari Kelantan. Tak ramai yg pernah dengar, lihat atau merasa sambal istimewa ini. Ramuan asli utk sambal ni biasanya menggunakan ikan kering jenis gelama sahaja sbb isinya lbh lembut dan banyak. Oleh krn ianya tradisional, perlu tumbuk dan tak blh dikisar dgn pengisar.

    ReplyDelete
  20. @kasihibu
    Sambal ni pembuka selera. Sesuai makan dgn apa jenis lauk atau ulaman.

    ReplyDelete
  21. @Gen2Merah
    Bukan nampak sedap tp memang sedap sambal pauh ni. Blh la cuba mkn nanti.

    ReplyDelete
  22. @Jobless Girl
    Sedap sambal ni. Pernah mkn tak?

    ReplyDelete
  23. @zul permatang badak
    Sambal hok saya buat ni meme pedah ngesik sbb buh lado burung 10 butir. Sambal ni kalu gu dgn ike atau daging singge mem keno. Buat cicoh ike bakar pn blh jugok.

    ReplyDelete
  24. Lerrr, br taun en daun Ada ahli baru, tahniah.... Sepasang la ye..... :)

    ReplyDelete
  25. Baby boy lahir 19 Feb lps. Hr ni umur dia 11 hari. Setakat ni sepasang aitu puteri dan putera.

    ReplyDelete
  26. Mesti bertmbh2 nasik kalo mkn dgnsambal nih..x pnh mkn lg sebelum nih..hehe

    ReplyDelete
  27. HaSue blh cuba buat. Simple je cara dan bhn nk buat sambal ni. Cuma kena rajin menumbuk je. Nk blend mmg tak akan jadi mcm sambal dh.

    ReplyDelete
  28. br leh jengah ke cni..line tenet slowly..dap ohh sambal pauh ni..lama dh xmkn..leh mkn ngn nasi pnas n sambal ni..dh sedap dh..xpyh lauk2 dh..

    ReplyDelete
  29. Dok kat Kelate senang nk buat sbb ada buah pauh ringan. Kat sini, pauh ringan tak penah wujud dan dikenali. Ikan kering gelama belah pn ada yg beleh2 jah.

    ReplyDelete
  30. waaaa...berair mulut sy......nk buat jap lagi ni... :)

    ReplyDelete
  31. Kalau ada stok mangga muda, ikan kering dan lada blh je nk buat smbl ni. Tumbuk2 siap la.. Sedappp..

    ReplyDelete