Friday, February 24, 2012

Gunung Mat Chincang - Dari Kaki Gunung Ke Puncak

Pemandangan dari dalam kereta kabel yang dipanggil Skycab. Perjalanan sejauh lebih kurang 1.7km ke stesen pertama. Struktur batu sebelah kanan foto adalah air terjun Telaga Tujoh yang mempunyai lagendanya tersendiri. Gunung Mat Chincang atau ejaan asalnya Machincang merupakan gunung kedua tertinggi di Langkawi. Ketinggiannya lebih kurang 710 meter dari aras laut.

Ini pemandangan dari stesen pertama. Dari sini kita boleh lihat Oriental Village di kaki gunung, Telaga Harbour Park, Padang Matsirat, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan gugusan pulau berdekatan..

Teluk Datai boleh dilihat dengan jelas dari sini.

Si kecil  teruja dengan persekitaran yang asing bagi dirinya. Dia yang beria-ia nak naik gunung. Sampai di stesen pertama, dia seakan keliru dengan suasana di puncak. Soalan yang keluar dari mulut si kecil ini, "mana kereta abah?". Soalan ini ditanya mungkin kerana dia melihat hanya pokok dan banjaran gunung saja.

Inilah cara mudah untuk naik ke puncak gunung Mat Chincang. Ada dua opsyen, iaitu mendaki dan menaiki skycab. Tiket Skycab bagi orang dewasa adalah RM15.00, RM10.00 bagi kanak-kanak. Jangan lupa tunjukkan mykad bagi warganegara Malaysia. Jika gagal menunjukkan bukti warganegara Malaysia, anda akan mendapat harga istimewa iaitu caj tiket bagi pelancong asing(RM30.00). Pastikan anda sentiasa membawa mykad. Jika anda ada keberanian dan tidak gayat, beli tiket dan akan sampai ke puncak gunung dalam masa 15 minit!



Bersambung ke Bahagian 2.

12 comments:

  1. salah satu lagi tempat yang wajib di lawati kalau ke Langkawi kan?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sbb berkongsi cerita dgn detail, walau x penah smpi, dpt gak lihat keindahan menerusi gambo2nya... :)

    ReplyDelete
  3. oi gayat ambo....metar jadi musing mato.....tokleh, gi......
    kalu gi pun duk bowoh.......

    ReplyDelete
  4. @LadyBird
    Seronok mendaki kalau dh biasa mendaki. Mendaki gunung Mat Chincang ni agk mencabar.

    ReplyDelete
  5. @kasih
    Kereta kabel Gunung Mat Chincang adalh salah satu tempat wajib dilawati dan jika ada keberanian blh cuba naik gunung guna skycab.

    ReplyDelete
  6. @ezzyra
    Nisrina tu nak gayat? Mula2 tu dia rasa pelik juga tp bila turun dari puncak gunung, minta nk naik lagi.

    ReplyDelete
  7. @Melati Qistyna's Mummy
    Saya ni jadi duta tak rasmi Langkawi utk promosi tmpt2 menarik kat sini. Suatu masa nanti blh la merasa naik kereta kabel 'single cable' terpanjang di dunia.

    ReplyDelete
  8. @eita
    Kalau mendaki, akan sampai ke puncak yang satu lagi. Puncak gunung yg ni dikhaskan utk kereta kabel shj.

    ReplyDelete
  9. zul permatang badak
    Kalu cikgu gayat, peje mato..jange tgk bowoh sbb keliling kita tu cermin jah. Napok mac2 dok bowoh nu. Lepah tu kita blh dengar bunyi angin menderu... Ado ore gayat sapa tubik air mato naik kereto kebo ni..haha..

    ReplyDelete