Thursday, January 19, 2012

Pseudocalymma Alliaceum @ Garlic Vine

Pokok garlic vine atau garlic creeper di tanam sebagai pokok hiasan.

Nama Botani : Pseudocalymma alliaceum
Famili : Bignoniaceae

Pokok garlic vine adalah tumbuhan jenis berkayu yang memanjat atau menjalar. Pokok ini berasal daripada Amerika Tengah dan Amerika Selatan iaitu Mexico sehingga Brazil. Dalam habitat asalnya iaitu hutan, pokok garlic vine memanjat pokok besar yang lain untuk mendapat cahaya matahari. Batang pokok garlic vine atau garlic creeper ini mencapai 5 meter panjang. Pokok yang biasa tumbuh meliar kini banyak ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik. Ia ditanam dengan memanjat sokongan lain seperti pergola, para-para, tiang dan pokok besar lain. Bunganya keluar secara berjambak dalam jumlah yang banyak pada satu pokok. Bunga garlic vine berwarna ungu dan mempunyai bau yang unik. Ia berbau seakan-akan bawang putih. Pokok ini mendapat nama daripada bau bunganya. Di Sepanyol, ia dikenali dengan nama ajos sacha (false garlic). Bunganya yang cantik ini menarik perhatian lebah, rama-rama dan burung untuk mendapatkan madunya.

Selain ditanam sebagai pokok hiasan, ia juga mempunyai khasiat sebagai ubatan tradisional. Di negara asalnya, ia digunakan sebagai penawar kepada rheumatik dan arthtritis. Daun dan batang pokok garlic vine direbus dan wap daripada rebusan ini disedut sebagai penawar demam panas dan selesema. Air rebusan diminum untuk membunuh cacing.

21 comments:

  1. pokok ni mmg cantik. kebanyakan client saya suka sebab bunga dia lawa.

    tak sangka pulak khasiat nye pun lebih kurang bawang putih, padahal baunye je sama...

    ReplyDelete
  2. Bunga garlic vine ni mmg cantik. Warna purple mcm trumpet dan berbunga dgn banyak dlm satu masa. Wlpn baunya tak begitu baik, ia tetap disukai oleh peminat bunga dan landskap.

    ReplyDelete
  3. salam..
    pokok ni ambik kat mana?cantik la bnga

    ReplyDelete
  4. As salam egie,
    Pkk bunga ni ambik gambar kat umah jiran kita...hehe..

    ReplyDelete
  5. Disamping menjadi tanaman hiasan, khasiat yg terdpt pada pokok ni yg penting..... :D

    ReplyDelete
  6. Selalunya org lihat pkk hiasan sbg pkk hiasan semata2 tp ia juga ada khasiat sbg ubatan. Org2 asli di Amerika Selatan telah lama menggunakan pkk ini sbg herba tradisional.

    ReplyDelete
  7. Assalam bunga ni cantik kalo di biar dia naik sendiri tak comel pulak nmpk semak, tapi kalo guna para mesti lawa bangat. bunga cantik2 mcm ni pun ada kegunaan juga ya

    ReplyDelete
  8. @EmbunRosaliza
    As salam kak rosa,
    Bunga ni mmg cantik tp nk bg cantik kna ada tmpt ia memanjat. Selalunya org tnm di pergola dan para2. Ada gunanya pkk ni bkn sekadar hiasan.

    ReplyDelete
  9. @zul permatang badak
    Pkk ni mudah hidup sbb ia berasal dr hutan Amazon dn kawasan yg cuacanya sama dgn Malaysia. Potong btg dn cucuk je kat tnh, InsyaAllah ia akan hidup. Kat nurseri dh byk org jual.

    ReplyDelete
  10. lady x pernah tgk pokok ni.. cantik.. keadaan die menjalar tu mcm bunga melur..

    ReplyDelete
  11. As-salam.
    Saya minta sikit daripada jiran batangnya yang menjalar ke kawasan saya. Sudah ditanam atas tanah. 2 daripada 4 keratannya hidup, tapi masih kecil. Tak sabar menunggu depa besar dan berbunga banyak. Memang ayu si "Penjalar Bawang Putih" ni. Apa nama Melayunya yang sebenar?

    ReplyDelete
  12. @LadyBird
    Pkk garlic vine ni agak baru di Malaysia. Sblm ia tdk dibawa masuk sbg pkk hiasan krn ia tdk ditanam sbg pkk pasuan dn memerlukan sokongan lain utk membesar dan cantik.

    ReplyDelete
  13. @Temuk
    As salam cikgu,
    Pkk garlic vine berasal dari kawasan sama cuaca dgn kita di sini, ia agak mudah untuk hidup jika kena caranya. Pkk yg cikgu semai tu tak lama lagi akan berbunga. Nama Melayu bagi pokok ni kurang popular krn ia masih baru di sini. Ada yg memanggilnya bunga bawang putih, bunga loceng ungu (kedua2 nama ini krg sesuai rasanya) dan di Indonesia ia dikenali dgn nama stepanot ungu.

    ReplyDelete
  14. bau bawang putih ye?
    patutlah nama sama

    erpp..boleh ganti bawang putih tak? ;p

    ReplyDelete
  15. Bau bunga garlic vine sama dgn bwg putih. Sbb tu org letak namanya sama dgn bwg putih tu. Nk ganti bwg putih tak blh kot sbb bhgn pkk ni mengandungi toksik.

    ReplyDelete
  16. pokok ni ade toksik?
    mcmn kalau anak2 kecil makan daun die?
    menjejaskan kesihatan x?

    ReplyDelete
  17. Kebanyakan pkk ada toksik tp tdk berbahaya kpd kita. Toksik dlm pkk ni tak menyebabkan kematian. Pkk hiasan lain yg ada toksik tp berguna sbg ubat ialah periwinkle(kemunting cina). Pkk drp spesis cycas jg mengandungi toksik. Yg agk berbahaya kpd kita adalah spesis dieffenbachia tp masih slmt utk ditanam. Tak perlu buang dr landskap kita tp jauhkan drp kanak2.

    ReplyDelete
  18. It's awesome to pay a visit this site and reading the views of all colleagues about this piece of writing, while I am also eager of getting know-how.
    Here is my web site : ridiculously photogenic guy

    ReplyDelete
  19. Salaam, saya pun ada tanam, bunga dia ada khasiat tak?

    ReplyDelete