Sunday, November 13, 2011

Kulat Sisir @ Cendawan Kukur

Kulat sisir atau cendawan biasanya tumbuh pada batang kayu mati.

Kulat sisir atau juga dikenali dengan nama cendawan kukur dan kulat sisik. Nama botani bagi kulat sisir ialah schizophllyum commune. Kulat atau cendawan jenis paling mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. ia juga tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati tetapi dalam jumlah yang kecil. Cendawan kukur atau kulat sisir yang dikutip menggunakan tangan boleh terus dimasak selepas dikutip atau disimpan bereapa lama dengan kaedah mengeringkannya di bawah panas matahari. Kulat sisir yang dikeringkan direndam di dalam air bersih sebelum dimasak. Proses merendam ini adalah supaya kulat atau cendawan ini mengembang dan menjadi lembut. Kulat sisir paling sedap di masak lemak kuning atau masak lemak cili padi. Ia juga sedap digoreng bersama telur.

Ramai yang tidak mengetahui kulat atau cendawan tradisional ini mempunyai khasiat yang sangat tinggi utntuk kesihatan kita. Kulat sisir mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti kanser. Ia juga mampu meningkatkan sistem imun badan. Selain itu, ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. Khasiat yang terdapat dalam kulat sisir ini mampu melindungi dan mengawal hati.

26 comments:

  1. Cendawan atau kulat sisir ni paling mudah ditemui pada btg atau dahan pokok getah yg mati. Ada gak org jula kat pasar dan pasar tani.

    ReplyDelete
  2. dh sebulan kje kutip kulat sisir pagi2 kt blkg umh..skrg musim ujan lg best

    ReplyDelete
  3. Assalam bestnya ada kulat sisir, eh senyumm bagi la akk sikit bestnya lama tak mkn tu.

    Mahsuri msk apa ngan kulat tu, bestnya, masa blk kg ari tu tak beli pula, kalo kat KL ni ada juga tapi mahal yg ampun huhu

    ReplyDelete
  4. Penah mkn, kalo Mak Kita sambal boh telo, mmg sedappp... :D

    ReplyDelete
  5. @senyumm
    Best tu dpt kutip kulat sisr yg fresh. Biasanya kulat sisir ni suka dgn pkk getah yg ditebang atau tumbang.

    ReplyDelete
  6. @EmbunRosaliza
    As salam kak rosa, kulat sisr ni tumbuh kat batang celagi yg kena tbg hari tu. Br perasan kelmarin, nk bg kulat tu membiak dulu. Lps tu blh msk. Kat sini, Mahsuri kata goreng je. Nk masak lemak.. Rindu sbb lama tak mkn.

    ReplyDelete
  7. @ezzyra
    Memang limited edition sbb tumbuh kat btg dn dahan pkk celagi yg ditebang tu. Kat sini, takdak org jula kulat sisir. Mkn pn tak berapa nk reti..

    ReplyDelete
  8. @Melati Qistyna's Mummy
    Goreng tumis dgn telor pn sedap tp plg best masak lemak kuning tu..

    ReplyDelete
  9. adry@Daun:umh sy ni tumbuh kat batang pokok asam jawa,nangka & mangga..ade hikmahnye pokok2 ni tumbang dipukul ribut 3bln lpas.. '',
    kak rosaliza:meh pulun cri rmi2.hehe..

    ReplyDelete
  10. kulat ni slalu jumpe kat kebum getah uncle saya .... ibu slalu masak ^^ sedap ....haha

    ReplyDelete
  11. cendawan goreng+sambal kicap...perghhhh

    ReplyDelete
  12. @senyumm
    Yg dlm foto tu pn tumbuh kat btg pkk asam jawa yg ditebang. Ia lebih gemar tumbuh pd btg pkk jenis yg bergetah spt getah, mangga, bacang, nangka dn blh hidup di hampir semua jenis pkk mati.

    ReplyDelete
  13. @Jae.jae
    Cendawan kukur atau kulat sisr ni mmg plg suka tumbuh pd pkk getah yg mati. Ia mmg sedap, unik dn berkhasiat.

    ReplyDelete
  14. @mr.kylephytrie
    Kalo goreng pn sedap, masak lemak pn sedap. Yg pyh, nk dpt kulat jenis ni.

    ReplyDelete
  15. ronda2 pasar tani ada kulat sisir ni....
    jual pakai sukat....dlm tin susu,lupa saya berapa ringgit satu tin tu....

    dulu2 percuma je....cari kat pokok getah tumbang....

    buat kari, sedap....isi kuat sikit2.......

    ReplyDelete
  16. Kat pasar tani atau pasar ada jual kulat sisir ni tp agak pyh nk jumpa. Biasanya kulat sisir yg kering dijual utk elakkan ia cpt rosak. Kecik2 dulu suka kutip kulat sisir masa org tebang getah utk tnm semula. Selain kulat sisir, kulat telinga kera yg tumbuh di btg getah juga sedap dimkn. Kulat telinga kera ni warna kekuningan atau oren.

    ReplyDelete
  17. cantiknye gmbr ni... ade nilai.. :D.. lady suka kalau tgk gambr cantik2..

    nak tanye.. mcmn nak bezakan kulat ut leh makan ke xleh makan?

    ReplyDelete
  18. Gambar kulat sisir ni saya ambik gna teknik zoom makro. Nk bezakan cendawan atau kulat yg blh dimakan dan tak leh mkn ni pyh sikit tp ada beberapa tips yg blh kita jadikan panduan. Kulat/cendawan yg takleh dimakan(beracun) biasanya berbau busuk dan berwarna garang dan berwarna warni. Yg lbh penting kita kena tnya dan tahu jenis2 kulat yg slmt dimakan. Kulat sisir, telinga kera, cendawan busut, susu pelanduk antara yg slmt dn sedap dimakan. Yg lain2, kita blh beli kat pasaraya tp mahal la sikit. Yg penting ia selamat dan berkhasiat.

    ReplyDelete
  19. mohon copy address blog utk buh kat blog saya... terima kasih...

    ReplyDelete
  20. Ok, blh. Terima kasih singgah sini.

    ReplyDelete
  21. Mohon saya maklumkan, cendawan kukur keluaran Pusat Biotek Univerti Malaya boleh dibeli di rangkaian kedai-kedai AzZain d Lembah Kelang insyaallah. Boleh hubungi 013308757 Rohana untuk butiran lanjut

    ReplyDelete
  22. Kulat sisir atau juga dikenali dengan nama cendawan kukur dan kulat sisik. Nama botani bagi kulat sisir ialah schizophllyum commune. Kulat atau cendawan jenis paling mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. ia juga tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati tetapi dalam jumlah yang kecil. Cendawan kukur atau kulat sisir yang dikutip menggunakan tangan boleh terus dimasak selepas dikutip atau disimpan bereapa lama dengan kaedah mengeringkannya di bawah panas matahari. Kulat sisir yang dikeringkan direndam di dalam air bersih sebelum dimasak. Proses merendam ini adalah supaya kulat atau cendawan ini mengembang dan menjadi lembut. Kulat sisir paling sedap di masak lemak kuning atau masak lemak cili padi. Ia juga sedap digoreng bersama telur.

    Ramai yang tidak mengetahui kulat atau cendawan tradisional ini mempunyai khasiat yang sangat tinggi utntuk kesihatan kita. Kulat sisir mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti kanser. Ia juga mampu meningkatkan sistem imun badan. Selain itu, ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. Khasiat yang terdapat dalam kulat sisir ini mampu melindungi dan mengawal hati.

    ReplyDelete
  23. Mohon share ye..
    Insya Allah kukat sisr ni akn masuk lesemua rangkaian pasaraya mydin diseluruh mmlaysia secars berperingkat.. Mulai 7.10.16 d mydin kubang kerian dan mydin k.tganu..

    ReplyDelete
  24. tumbuh pada dahan mangga yg mati nsb dlm pagar rumah taman pasti tidak beracun kn😁😁😁😁

    ReplyDelete