Sunday, July 24, 2011

Settho @ Manggis

Ketika muda buah manggis berwarna hijau.

Buah manggis masak akan bertukar menjadi merah gelap dan hitam apabila terlalu masak. Isinya berwarna putih.

Manggis atau settho dalam sebutan di kalangan penduduk Kelantan merupakan tumbuhan asli dari Malaysia. Nama botaninya, garcinia mangostana daripada famili Guttiferae. Pokok manggis berbatang lurus dan tegak dengan ketinggian mampu mencapai sehingga 25 meter. Ia mempunyai banyak dahan atau cabang dan berdaun lebat. Silara pokok berbentuk kon atau silinder. Pokok manggis membiak melalui biji benih dan keratan batang.

Kandungan nutrisi bagi setiap 100gram buah manggis masak :
Air, 72.9g
Karbohidrat, 19.8g
Protein, 0.5g
Lemak, 0g
Fiber/Serat, 0.2g
Besi, 0.9mg
Fosforus, 17mg
Kalsium, 11mg
Vitamin A, 14IU
Vitamin C, 66mg

Xanthone yang terdapat  pada bahagian dalam kulit dan biji manggis mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan kita. Jus manggis diminum dapat mengatasi pelbagai penyakit. Xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis membantu mengatasi alergi, resdung, lelah, eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak

Xanthone berfungsi sebagai antioksidan, antiproliferatif, antiinflamasi dan antimikrobial. Sifat antioksidan manggis melebihi vitamin E dan vitamin C. Kajian pakar membuktikan sifat antioksidan pada buah manggis jauh lebih efektif  jikadibandingkan dengan antioksidan pada rambutan dan durian. Xanthone hanya terdapat dalam buah manggis. Jika durian dikenali dengan gelaran raja buah, manggis pula mendapat gelaran ratu buah.

Kelebihan dan Khasiat Buah Manggis:

1. Menyembuh dan mencegah kanser
Hasil penelitian sementara, ekstrak yang terdapat pada buah manggis dapat mencegah tumbuhnya sel-sel pada pesakit leukimia, memperlahankan perkembangan sel pada kanser paru-paru, kanser hati, dan kanser usus.

2. Mencegah Penyakit Yang Membawa Maut
Buah ini berkhasiat mengatasi penyakit yang dianggap berbahaya seperti diabetes, kanser, arthritis, Alzheimer, penyakit jantung. .

3. Menurunkan Berat Badan
Xanthone cepat mengubah zat makanan menjadi tenaga.

4. Mengurang Dan Menghilang Rasa Sakit
Buah manggis juga berkhasiat mengurangi atau menghilangkan rasa sakit.

5. Mencegah Penyakit Jantung
Buah manggis dapat memulihkan kembali kekenyalan pembuluh darah melalui antimikorbial dan antioksidan yang terdapat di dalam buah tersebut.
6. Melawan Radika Bebas
Buah manggis mengandung catechins yang terbukti lebih efektif dan lebih berdaya guna dibandingkan vitamin C atau vitamin E dalam melawan radikal bebas yang ada di dalam tubuh kita. Memakan buah manggis setiap hari sebagai makanan supplement, akan mendapatkan zat antioksidan yang lebih banyak.

7. Mengurangi Tekanan Darah Tinggi
Hipertensi atau tekanan darah tinggi terjadi disebabkab terdapat gangguan pada pembuluh darah dan akan menyebabkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok. Buah manggis mampu mengatasi masalah tersebut terutama untuk mengawal dan menormalkan berat badan.

8. Memelihara Sistem Penghadaman
Xanthone berkhasiat mengatasi kelebihan bakteria dan menyeimbangkan kembali kerja perut.

9. Menjaga Saluran Kencing
Zat xanthone yang ada pada buah manggis termasuk zat yang mengaktifkan antibakteria.

10. Mengatasi Gangguan Pernafasan
Xanthone yang terdapat pada buah manggis dapat mengatasi gangguan pernafasan.

11. Memulihkan Penyakit Asma
Buah manggis menjadi ubat alternatif  untuk menyembuhkan asma kerana ia memiliki kemampuan melawan jangkitan dan mengandung zat-zat yang mengurangi alergik.

12. Mencegah dan Mengubati Diabetes
Nutrisi yang terdapat dalam buah manggis membantu menormalkan tekanan darah, memulihkan tenaga dan mengurangi paras gula yang berlebihan dalam darah.

13. Memelihara Kemampuan Mental
Kita digalakkan memakan buah manggis yang banyak mengandung zat antioksidan kerana ia juga boleh mencegah mental degeneration.

14. Kelebihan Lain Buah Manggis
Memulihkan tenaga, menurunkan paras kolesterol LDL, mengatasi masalah penyakit batu karang dan mencegah masalah penglihatan.

20 comments:

  1. assalam, sedapnya buah setho , mahal lg buah ni, pkk sendiri ke beli

    ReplyDelete
  2. :ishiko
    Ishiko suka mkn buah manggis ni ye.. Mmg sdp!

    ReplyDelete
  3. :Kak Rosaliza
    As salam kak rosa, buah settho ni antara buah yg x penah jatuh hrga spt mana buah durian, rambutan dan dokong. Hrga buah settho ni stabil. Pkk settho ni kat GM, buah tu beli..hehe..

    ReplyDelete
  4. buah peberet ni..satu guni pun bleh abes kih3...ada kat tepi uamh ke?meh la anto satu bakul

    ReplyDelete
  5. Haha..blh hntr satu guni kosong je.. Yg dlm foto ni pn beli.. Pkk tu kat GM, umah ayah kak yong.

    ReplyDelete
  6. maso budok2....suko sangat rukah pohon setho.......duk cotek atas pucuk....kalu buah dio lebu....kito kocok jula.....pun berudun buoh luruh.......
    hok duk bowoh......kutip bawok baldi.....

    ReplyDelete
  7. Woh settho ni plg sy suko make. Rukah pkk settho smp ke pucuk dh kira biasa bila buah masak. Kayu pkk settho ni jnis keras dn liat. X mdh pth..kalau pth pn ia x kn tputus dua. Bila buah settho dh msk, kita kocok jula..hbis luruh. Buah settho takkn rosak sbb dilindungi kulit yg tbl.

    ReplyDelete
  8. erks...tiba2 teringin nak makan manggis....adeh mana nk cari ni....perghhhhh...sedap nieh!!!!

    ReplyDelete
  9. :KELI OH KELI
    Skrg ni dh musim manggis...byk dh org jual. Hrga dr RM3-RM5 mgikut tmpt. Sdp buah manggis dn ia kaya dgn vitamin C, A.

    ReplyDelete
  10. :sayangsayangibu
    Hehe..sama la kita.. Buah manggis yg plg sy suka mkn..

    ReplyDelete
  11. Salam bahagia ADRY
    Sepokok manggis di tanah liat, telah 15 tahun tanpa buah.... Pasal 'sepoko' dengan 'tanah liat'kah? Yg orang jual sbg food supplement tu dari kulit atau isi buah? Cantiknya (tk pernah lihat) isi buah jentik. Cuma ada di utarakah?

    ReplyDelete
  12. Salam bahagia cikgu,
    Pokok manggis mengambil masa 10 hingga 15 thn jika ia tdk subur atau kekurangan nutrien. Jika subur dn cukup nutrien, ia akn bbuah dlm tmph 3-5 thn. Tnh liat tu tak ada mslh utk pkk manggis, pembajaan jg perlu utk pkk manggis. Food supplement manggis dibuat drp kulit manggis. Info dh sy update. Buah jentik tu dlm kategori buah nadir (asal dari hutan), rasanya terdpt di seluruh Malaysia. Di Kelantan, ia juga dikenali dgn nama buah jentik.

    ReplyDelete
  13. Aritu Ada beli jus manggis utk eczema ank, tp lom try lg.... :P

    ReplyDelete
  14. sedapnyer tngk manhhis ni...da lama x mkn

    ReplyDelete
  15. :Melati Qistyna's Mummy
    Blh cba jus tu sbb merawat eczema slh satu drp khasiat ratu buah ni.

    ReplyDelete
  16. :dieb
    Manggis mmg sdp dn mpunyai khasiat yg sgt tinggi.. Blh beli manggis sbb dh musimnya skrg..

    ReplyDelete
  17. suka makan buah manggis....harganya boleh tahan

    ReplyDelete
  18. Hrga buah manggis skrg kat tmpt sy, RM10/3kg.. Sy pn suka mkn buah manggis..

    ReplyDelete