Tuesday, May 3, 2011

Telipok

Pokok telipok atau telepok. Bunganya mekar pada waktu pagi dan layu pada sebelah petang.

Nama Botani : Nymphae sp.
Famili : Nymphaeaceae

Telipok atau telepok merupakan tumbuhan akuatik dalam famili nymphaeaceae. Terdapat banyak spesis telipok yang boleh dibezakan melalui warna dan bentuk bunga atau daunnya. Ramai antara kita keliru antara telipok dan teratai. Sebenarnya telipok dan teratai adalah berlainan spesis dan famili. Teratai berada dalam famili nelumbonaceae. Perbezaan yang paling mudah dilihat antara dua jenis tumbuhan akuatik ini adalah teratai mempunyai daun berwarna hijau terang, daunnya bertangkai panjang dan berada jauh dari permukaan air. Manakala telipok berdaun hijau gelap dan bergerigi pada bahagian tepi. Daun pokok telipok sentiasa berada dipermukaan air (sila rujuk foto di atas). Di Malaysia, telipok dengan bunga berwarna ungu paling mudah ditemui. Ia juga mengeluarkn bunga berwarna pink(merah jambu), biru, peach, kuning dan putih.

12 comments:

  1. Salam. moshi2..jalan2 singgah sini kejap..nice blog :)

    Sudi2 la jenguk teratak saya di frommetoyou ni ye..arigatou..(^____^)

    ReplyDelete
  2. As salam, trma ksh singgah sini. Sy dh jenguk frommetoyou.

    ReplyDelete
  3. assalam.....mcm terattai kan bunga telipot ni

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumusallam kak rosa,
    Teratai dgn telipok ni nmpk mcm sama tp ia berlainan famili tp drp asal usul yg sama. Mknanya, tok nenek pkk2 ni adlh sama.

    ReplyDelete
  5. keindahan dr Ilahi...
    sejuk mata memandang...

    ReplyDelete
  6. Petang datang telipok pun layu
    Terbau gelenggang di pinggir kali
    Mata bergenang hati pun rindu
    Terhidu kembang cerialah kembali.

    Amat cantik, menarik dan berinformasi paparan Adry, termasuk paparan lalu mengenai kembang-kembang 'pinggiran' yang tak dikenali ramai.

    ReplyDelete
  7. trint pkok tratai kt umah kta dulu

    ReplyDelete
  8. :Mohd Ridhuan
    Keindahan alam tnda keagungan Maha Pencipta.

    ReplyDelete
  9. :Temuk
    Trma ksh krn cikgu menghargai paparan dlm ni. Saya tak smpt nk karang pantun pagi.

    ReplyDelete
  10. :ezzyra
    Mula2 abe tnm pkk teratai tp tak leh hidup lama, lps tu tnm telipok pulak. Yg tu kna tinggal kat umah, dh mati la kot pkk tu.

    ReplyDelete
  11. oooo maknanya tok nenek teratai n telipot ni adik beradik lah ya..jadilah dia sepupu n sepapat...getah sama la yg ngalir tu hehe

    ReplyDelete
  12. Moyang dulu2 teratai dn telipok ni adik beradik tp tpisah kot. Dua jnis pkk ni kira sedara mara juga la..Bau2 bacang..hehe..

    ReplyDelete