Sunday, April 17, 2011

Pisang Nangka

Pisang nangka yang belum masak. Baru diambil semalam kerana pokoknya patah akibat beban buah yang berat walaupun telah ditongkat dengan kayu sebesar paha! Ada 6 sikat semuanya dan sebiji buahnya agak besar(bandingkan kesan tapak kaki dinosaur..err..ayam di atas simen pada bahagian atas buah pisang).

Pisang nangka adalah antara varieti pisang yang terdapat dan ditanam di Malaysia. Ia mendapat nama kerana apabila masak, isi buahnya berbau wangi seakan-akan nangka. Pisang nangka biasanya tidak dimakan segar kerana isinya agak pejal dan rasanya yang sedikit masam. Ia merupakan pisang yang terbaik untuk digoreng, dibuat pengat, disira, dimasukkan ke dalam pulut dakap dan beberapa jenis kuih tradisional tempatan. Benih pisang nangka ini dibawa dari kampung dan ditanam di tempat tinggal sekarang ini. Tanahnya sangat sesuai untuk tanaman pisang.

10 comments:

  1. pise nako wat siro @ pengat sodap gak ni..jenuh dok teropong x nmpk pun kesan tapak kaki dinosour tuh..tang mana ek??

    ReplyDelete
  2. Psg nangka ni blm msk lg. Nti bila dh msk, nk minta mahsuri goreng dn buat pengat. Kesan tapak kaki dinosaur tu bkn ats buah pisang tp ats simen pd bhgn ats buah pisang tu.. Silap tulis td tu..hehe..

    ReplyDelete
  3. Assalam...emmm dap2nya pise nako ni..mmg ya kalo buat pengat atau sira mmg sodap ni

    eh rebus n goreng pun sodap gak kan..besarnya buah dia, dah tua ke belum tu.

    akk cari gak tapak kaki dinasour tu, rupa kat simen hehehh,,umah baru ke tu

    ReplyDelete
  4. rm 1.80 sen....sekilo.........tolak pada demo2 duk goreng.......sebiji hok besar demo beloh berapa tak pasti.......

    tapi kalu pisang sendiri....lawan2 harga....rm 1.50....mesti tak cukup pisang......he..

    ReplyDelete
  5. :kak rosaliza
    As salam kak rosa, sdp la nk buat apa2 yg patut bila msk nti. Pisang nako di bawa dr kg. Buah yg ptama ni, masa kemarau hari siram pkk sbb tkut x msuk isi. Tgk buah dia sebesar lengan bdk. Dh tua tp kalo iku plan nk tbg mggu dpn. Bekas tapak kaki dinosaur tu ats patio rmh..hehe.. Dia dh cap mohor tu..

    ReplyDelete
  6. :zul permatang badak
    Hrga psg ni secara borong, RM1.80/kg ye. Sy x tau pulak sbb x penah jual. Sesikat tu dpt la RM3.60 sbb beratnya lbh 2 kg kot. Pisang nako ni kalau digoreng biasanya dibelah byk bhgn, mgkn jg 4 kpg.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum en daun.
    pisang nangka ni yg en daun tanam ke? untungnya berbudi dgn tanah dah merasa hasilnya.:)) rajin en daun, org tua2 kata 'tangan sejuk' tu. tanaman semua menjadi.:))

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumussalam kak anis,
    Pisang nangka ni sy yg tnm. Ank pkk di bw khas dr kg. Ni buahnya yg sulung.. Alhamdulillah..berbudi pd tnh kita dpt merasa hasilnya. Berkebun ni mmg dh jd hobi sy.

    ReplyDelete
  9. Sebelum ni ingat pisang semua sama jer..rupanya mcm2 ada..haha malu betul~

    ReplyDelete
  10. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis atau spesis pisang. Antaranya ialah pisang berangan, bunga, montel, nipah, abu, awak, kapas, emas, perak, mantan, raja udang, tanduk, jari buaya dll.

    ReplyDelete