Tuesday, February 8, 2011

Jambu Air

Buah jambu air yang masak

Nama Botani : Syzygium aguem sp.
Famili : Myrtaceae

Pokok jambu air merupakan tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara. Terdapat beberapa spesis jambu air yang boleh dibezakan melalui bentuk serta saiz, warna dan rasa buahnya. Hampir semua spesis jambu air mempunyai daun yang lebar dan berwarna hijau. Pokok jambu air biasanya mempunyai banyak cabang atau dahan dan berkayu keras. Pokok jambu berbuah mengikut musim tetapi ada juga spesis yang mengeluarkan buah sepanjang tahun.

Buah jambu air kaya dengan vitamin C, kandungan air dan serat yang tinggi. Sifat buahnya yang sejuk dikatakan dapat meredakan ketegangan apabila memakan buahnya. Kandungan serat yang tinggi dalam buah jambu  juga membantu sisem percernaan dan ia apat mencegah serangan kanser usus. Dengan memakan buah jambu air juga boleh mencantikkan kulit dan membuat kulit kita lebih berseri. Buah jambu air boleh membantu untuk melawaskan pembuangan air kecil dan air besar.

10 comments:

  1. sedap makan coklet...loghat kelantan.Bubuh garam,cuka,kicap gula sikit , penyet lada cenget/cili burung.....wow....sembang kosong kat beranda....Tapi budak sekarang suka makan dengan serbuk asam masin....he...he...

    ReplyDelete
  2. Jambu air ni mmg sdp kalau dicicah dgn colek spt yg en zul kata tu. Mkn ramai2 lg best. Kna pulak mkn kat ats pangkin bwh pkk jambu tu..

    ReplyDelete
  3. Assalam...bila di sebut colek huhuhu keluaq ayaq liuq akk nih...sedapnya

    ReplyDelete
  4. sdapnya buah jmbu...melepas nk mkn hr 2...huhu

    ReplyDelete
  5. :kak rosaliza,
    Wa'alaikumusallam kak rosa, sedap tu kalo mkn colek buah jambu air ni. Lg best kalau jambu air putih mcm yg kat kg dulu. Semua dh kna tebang..huhu..

    ReplyDelete
  6. :ezzyra
    Masa ezzy mai sini, pkk tgh berputik, skrg dh ada buah yg masak. Jambu yg ni org sini panggil jambu mawar, rasanya manis dn isi sedikit rangup.

    ReplyDelete
  7. salam en daun.
    byk khasiat rupanya jambu air ni di samping rasanya yg sedap. hari tu akk baru beli jambu air ni di pasar satok. makan cicah dgn sambal colek. lg la tak blh berhenti ngunyah. hehe...

    ReplyDelete
  8. :ezzyra
    Jambu tu bkn ada buah xsepanjang thn. Kalo mai skrg buahnya tgh lbt smp melambak gugur ats tnh. Abe dh ambik klmrin. Cicah colek mlm td..hehe..

    ReplyDelete
  9. :anis,
    Wa'alaikumusallam kak anis,
    Akk pn suka mkn buah jambu ni ye. Ok la tu sbb ia blh cantikkn kulit kita dn byk juga khasiatnya. Kalau mkn jambu cicah dgn colek mmg pyh nk berhenti..hehe..

    ReplyDelete