Friday, February 11, 2011

Bunga Part XVI

Koleksi foto dalam Bunga Part XVI ini adalah bunga-bunga yang ada di sekitar kita dan pastinya ada yang jarang dilihat seperti bunga jeruju.

Bunga kantan yang mula mekar. Ia masih boleh digunakan untuk masakan jika mekar seperti ini.

Bunga kantan yang mekar hampir sepenuhnya. Ia biasanya tidak dipilih untuk dijadikan bahan masakan kerana rasa dan baunya yang semakin menurun. Ada sesetengah spesis kantan akan menghasilkan buah yang boleh dimakan. Rasanya masam-masam manis.

Ini bunga jeruju. Ia biasanya tumbuh di kawasan yang berhampiran dengan air. Untuk mengenali dan mengetahui info pokok ini, anda boleh klik label 'jeruju' dalam blog ini.


Bunga canna atau bunga tasbih yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik. Terdapat beberapa varieti bunga ini yang dibezakan melalui warna bunga dan daunnya.

6 comments:

  1. salam en daun.
    betul tekaan akak bunga kantan. tp biasanya bunga kantan tu tak sempat nak kembang secantik tu dah kena masuk dalam asam pedas atau kuah laksa. hehe....
    sayu hati akak tgk bunga tasbih tu, lama sungguh tak nampak wajahnya.... ada kenangan ms budak2 dulu.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum ADRY
    Bunga jeruju tu memang unik. Bunga tasbih yg kuning cerah, amat menceriakan. Dan bunga kantan yang mengembang, sangat menggamit!

    Dah bertahun dan amat merimbun pokok kantan saya. Tapi belum pernah berbunga. Di manalah agaknya salah silapnya.

    ReplyDelete
  3. As-Salam kak anis,
    Bunga kantan biasanya diambil semasa blm kembang sbb rasanya lbh sdp ketika itu. Tp bila kembang, ianya sangat menarik dn cantik. Bunga tasbih tu msti arwah mak akk tnm kat laman rumah masa akk kecik2 dulu kn.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumusallam cikgu,
    Pkk jeruju ni berbunga ikut musim. Bila ia berbunga, hmpir kesemua pkk yg ada akn mengeluarkn bunga. Bunga kantan yg mengembang mmg cantik, sesuai dgn warna kelopaknya. Ia juga mengeluarkn bau harum tp hnya blh dihidu dr jrk dkt shj. Kantan ni ada byk spesis, biasanya kantan mudah mengeluarkn bunga jika pokoknya subur. Ia lbh menggemari kawasan yg berdekatan dgn air.

    ReplyDelete
  5. salam maulid...

    baru hari ini kenal bunga jeruju...ahak ahak...

    ReplyDelete
  6. Salam maulidurasul,
    Pkk jeruju ni jrg org tgk atau kenal apatah lagi nk kenal bunganya..hehe..

    ReplyDelete