Wednesday, January 12, 2011

Kesum

Pokok kesum hidup subur di kawasan lembab dan berair.


Nama Botani : Persicaria odorata/Polygonum minus huds
Famili : Polygonaceae

Pengenalan

Kesum yang juga dikenali dengan nama cenohom oleh penduduk bahagian utara Semenanjung Malaysia merupakan tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara. Pokok kesum lebih menyukai dan hidup subur di kawasan yang lembab dan berair. Terdapat beberapa spesis pokok kesum yang boleh dibezakan melalui bentuk dan corak pada daunnya. Ia boleh dibiakkan melalui keratan batang dan mudah untuk hidup. Kesum mempunyai bau unik yang agak kuat jika bahagian pokok dipatahkan atau dihancurkan.

Kegunaan

Kesum sangat penting dalam masakan seperti asam pedas dan laksa. Bukan sahaja daunnya yang dimasukkan dalam masakan tersebut tetapi bersekali dengan bahagian batangnya. Ia akan memberi rasa dan bau pada kuah laksa dan asam pedas. Selain digunakan sebagai bahan masakan, kesum juga dapat merawat kelemumur. Daun kesum ditumbuk dan diperah airnya. Kemudian air perahan tersebut dicampur dengan sedikit air dan gunakan untuk mencuci bahagian kulit kepala. Biarkan seketika dan dibilas menggunakan air bersih. Daun kesum direbus dan diminum air rebusan tersebut dikatakan dapat merawat masalah penghadaman.

6 comments:

  1. salam Adry....setiap rumah patut ditanam daun kesum ni...bukannya susah samgat....dibawah teduhan lagi pokok ni suka....ditepi kumbahan kat rumah.....parit longkang eeee mudah sangat hidup....kalau beli satu ikat 50 sen....

    ReplyDelete
  2. Salam en zul,
    Kesum ni mmg mudah utk tnm dan ia sng hidup. Cucuk je batang pokok kesum yg matang kat tmpt lembab dn berair (kumbahan). Ia akan hidup subur dn pastikan tmpt pkk kesum ditanam tdk diceroboh oleh haiwan ternakan. Nti hbis dimkn oleh mereka tu.

    ReplyDelete
  3. Salam.. akk tanam pkk kesum tapi tak idup la agaknya tanah kering kut

    ReplyDelete
  4. Salam kak rosa,
    Pkk kesum ni kna tnm di tmpt yg redup(bawah pkk besar) dn sentiasa lembab. Kalau kering pkk kesum akn mati. Sbb tu org tnm pkk ni kat tepi air kumbahan(air char..haha..)

    ReplyDelete
  5. daun neyh sedap klaw dlm asam pedas tu.

    ReplyDelete
  6. Daun kesum mmg mesti ada dlm mskn asam pedas. Kalsu tak buh daun ni, asam pedas x sedap. Krg rasa dn bau.

    ReplyDelete