Thursday, January 20, 2011

Bunga Balung Ayam

Pokok bunga balung ayam


Nama Botani : Celosia arargentea var cristata
Famili : Amaranthaceae

Pokok bunga balung ayam merupakan tumbuhan hiasan jenis berbunga yang berasal dari Brazil. Terdapat berbagai varieti pokok bunga balung yang boleh dibezakan melalui saiz pokok dan warna bunga. Pokok ini berketinggian sehingga 1.2 meter. Pokok bunga balung ayam berbatang yang licin dan mempunyai beberapa cabang. Daunnya berbentuk bujur dan tersusun bertentangan pada batangnya. Biji benih bunga ini terletak di bahagian bawah atau pangkal bunga dan ia berwarna coklat atau hitam.

Selain ditanam sebagai pokok hiasan, pokok bunga balung ayam juga mepunyai khasiat dalam perubatan tradisional. Ranting atau dahan pokok balung ayam yang ditumbuk lumat boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak dan luka dengan menampalnya pada tempat berkenaan. Air rebusan ranting dan bunga yang dikeringkan boleh diminum sebagai rawatan batuk berdarah, keputihan, batuk dan buasir. Untuk merawat jangkitan saluran kencing, disenteri, batuk dan darah haid yang berlebihan, seluruhy bahagian pokok direbus dan diminum airnya.

Ada juga yang mengatakan pokok balung ayam dapat melawaskan pembuangan air besar dan air kecil. Ia juga dikatakan baik untuk tenaga batin tetapi tiada sebarang kajian dibuat mengenainya.

10 comments:

  1. salam...oh ada juga kegunaannya. ingatkan hiasan semata2

    ReplyDelete
  2. ...kalaulah ada benihnya....subur sungguh....pokok tu......

    ReplyDelete
  3. :Kak Rosaliza
    Pkk bunga balung ayam ni bkn sekadar hiasan semata2 tp ada juga kegunaannya dlm perubatan herba.

    ReplyDelete
  4. :zul permatang badak
    Pkk bunga balung ayam ni mak saya yg tnm tp kat kg. Sy lupa nk ambik biji benih ditnm kat sini.

    ReplyDelete
  5. dulu selalu main ngan bunga ni...pastu kena marah ngan opah

    ReplyDelete
  6. Hehe..ni mesti suka kutip biji bunga balung ayam. Tak pn suka carik2 kn balung ayam tu. Opah mrh sbb tak mau bunga tu rosak.

    ReplyDelete
  7. betul....suka petik bunga balung ayam buat main pondok2...termasuk dgn pokok duit2

    ReplyDelete
  8. Patut la opah marah...bnga dia tnm hbis rosak dikerjakn oleh cucu bertuahnya..he3..

    ReplyDelete
  9. Balung ayam – Bahagian daunnya dikesan mengandungi sejumlah bahan alkaloid. Ia tidak merbahaya jika direbus dahulu sebelum diambil sebagai ubatan tradisional namun dalam jumlah atau kepekatan yang tinggi, ia boleh memudaratkan kesihatan.

    rujuk http://www.drumah.com/awas-dengan-tanaman-hiasan-yang-cantik-tapi-berbahaya/1439.html

    ReplyDelete
  10. Byk pkk hiasan yg mengandungi toksik atau alkaloid. Itu biasa bg kebanyakn jnis tumbuhan. Wlpn beracun tp ia ttp blh digunakan oleh kita sbg ubatan herba, pandai2 la menggunakannya.

    ReplyDelete