Wednesday, December 8, 2010

Keladi Lambuk

Pokok keladi lambuk yang masih kecil

Nama Botani : Caladium sp.
Famili : Araceae

Keladi lambuk juga dikenali dengan nama keladi kemumu merupakan tumbuhan dalam keluarga araceae yang biasanya tumbuh secara meliar. Ia juga ditanam kerana kegunaannya sebagai makanan. Keladi lambuk tidak seperti keladi jenis lain kerana batangnya tidak menyebakan kegatalan dan ia boleh dimakan mentah sebagai ulam. Sebelum dimakan, batang keladi perlu disiat kulitnya dan direndam seketika dalam air garam. Ia sedap dicicah mengikut selera masing-masing(budu, sambal belacan, sambal kelapa dan lain-lain). Batang keladi lambuk juga boleh dijadikan bahan masakan seperti masak lemak.

8 comments:

  1. Salam..akk rasa mcm pernah mkn keladi lambuk ni buat ulam mentah je, masa dok kg lama dulu..tapi pkk tak perasan lak kenal ke tak..u tanam ke ke

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa,
    Keladi lambuk ni dulu arwah mok suka tnm dn mkn. Msti dh biasa tgk pkk keladi ni. Yg dlm gmbr tu snap kat kg, bonda yg tnm. Bonda pn suka mkn buat ulam cicah budu. Rangup katanya.

    ReplyDelete
  3. oh bonda yg tanam ke, tak perasan n kenal lak hehe

    ReplyDelete
  4. Bonda yg tnm sbb dia suka mkn ulam batang lambuk ni. I kn pemerhati pkk, msti la nmpk pkk tu..he3..

    ReplyDelete
  5. saya ada tanam dalam pasu depan umah nie ada dua pasu tu la pokok yang saya paling sayang susah dah nk cari

    ReplyDelete
  6. Jika tanam dlm pasu, pembesaran pkk akn sedikit terbantut krn keladi jenis lebih sesuai ditanam terus di atas tanah.

    ReplyDelete
  7. blh juga masak lemak dgn udang hidup

    ReplyDelete
  8. Pokok lambuk ni bila kecil cerah kan daunnya ..

    ReplyDelete