Friday, August 6, 2010

Terung Susu Kambing

Pokok terung susu kambing yang sama dengan terung biasa

Buah terung susu kambing. Bentuk buahnya yang memberi nama unik kepada terung ini

Nama Botani : Solanum Mammosum.
Famili : Solanaceae.

Pengenalan

Terung susu kambing juga dikenali dengan nama terung tetek kambing berasal dari Mexico dan Amerika Selatan. Terung susu kambing satu famili dengan terung biasa. Ia mepunyai ketinggian sehingga 1.5 meter. Bunganya berwarna ungu atau putih mengikut jenis. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning terang apabila masak. Pokok terung susu kambing membiak melalui biji benih.

Kegunaan

Buah terung susu kambing boleh dicelur dan dimakan sebagai ulam. Air rebusan buah terung susu kambing yang diminum boleh merawat sakit darah tinggi, kencing manis, buasir, selesema, asma, gout dan barah payu dara. Buahnya yang dikisar dan dijadikan jus, kemudian diminum boleh merawat sakit jantung. Bijinya boleh digunakan untuk merawat selesema. Bunga terung susu kambing yang direbus dipercayai dapat meredakan batuk kokol. Daunnya yang direbus dan diminum boleh melegakan masalah ginjal dan pundi kencing. Buah terung susu kambing yang dijadikan serbuk digunakan untuk membunuh serangga perosak seperti lipas.

13 comments:

  1. salam...uniknya buah terung susu kambing ni...pernah mkn tak

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa,
    Terung susu kmbing mmg unik.Tak penah mkn lg buahnya.Pyh nk dpt ni. Tu pn jmpa kat tmn herba laman padi.

    ReplyDelete
  3. salam...boleh sy tau cam ner nak dapat benih terung ni

    ReplyDelete
  4. As salam J.S, terung susu kambing jnis spesis yg pyh utk ditemui (rare species). Saya pn x pasti benih terung ada dijual atau tidak.

    ReplyDelete
  5. hi.. saya ada sumber buah segar ni dari rumah kawan. saya nak cuba tanam sendiri. Ada sesiapa boleh tolong terangkan cara nak tanam biji benih daripada buah segar? kena keringkan dulu atau boleh terus tanam?

    ReplyDelete
  6. bukannya beracun buah nya? http://id.wikipedia.org/wiki/Terung_susu

    ReplyDelete
  7. Kepada yg berminat nak dapatkan benih terung ssu kmbing ni boleh WhatsApp sy Ara 0179310175 Saya ada menjual nya..😊

    ReplyDelete
  8. tahu tak mn sy nak dptkn buah yg segar ni?untuk kegunaan perubatan.dh merata cari..kalau dpt 2@3 biji pon memadai lahh...����

    ReplyDelete
  9. saya baru dapat bertemu tanaman ini kemarin... lucu & cantik.

    ReplyDelete
  10. Blh dimakan Warna kuning atau hijau? Sbb Sye ade jumpa sejenis ini yg nama nye terung susu kambing

    ReplyDelete
  11. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete