Wednesday, August 18, 2010

Ketum

Pokok ketum yang mencetuskan kontroversi di Malaysia dan Thailand


Nama Botani : Mitragyna Speciosa Korth
Famili : Rubiacea

Pengenalan

Pokok ketum atau juga dikenali dengan nama pokok biak dari Asia Tenggara. Ia merupakan tumbuhan asli Malaysia dan Thailand. Pokok ini banyak tumbuh secara liar di negeri-negeri utara semenanjung dan pantai timur Malaysia. Ia tumbuh secara liar di kawasan-kawasan hutan dan persekitaran kampung dan hidup subur di kawasan bertanah lembab yang mempunyai kandungan humus yang tinggi. Pokok ketum mencapai ketinggian sehingga 50 meter.

Kegunaan

Daun ketum merupakan bahagian yang selalu digunakan dalam perubatan tradisional dan ianya telah digunakan secara meluas sejak sekian lama oleh masyarakat tempatan. Daun ketum samada dimakan segar atau direbus digunakan untuk merawat cirit birit, masalah kecacingan, sebagai penahan sakit, mengembalikan kecergasan bagi ibu selepas bersalin, mempercepatkan penyembuhan luka, meredakan demam, batuk, menambah tenaga untuk melakukan kerja berat dan jika dicampur dengan herba lain ia boleh dijadikan penawar kepada penyakit darah tinggi, lemah tenaga batin dan lelah.

Namun begitu di Malaysia dan Thailand, daun ketum telah disalahgunakan dan semakin menular terutamanya penagih dadah kerana ia mempunyai kesan penenang dan dikatakan berupaya menghilangkan kesan sindrom penarikan atau 'withdrawal syndrome' dalam jangka masa singkat.

Kesan seperti mengambil heroin dan morfin daripada daun ketum hanya bertahan kira-kira 4 jam menyebabkan penagih dadah terpaksa mengambil air rebusan daun ketum secara lebih kerap dan jumlah yang banyak. Ini yang menjadi punca penagih mula menagih daun ketum pula.

Kesan penyalahgunaan daun ketum adalah berat badan akan menurun, kesukaran untuk tidur, tiada selera makan, bibir menjadi kering, sukar untuk membuang air besar, kesan lebam dan terbakar pada muka.

AMARAN
Di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, mereka yang memiliki air dan daun ketum boleh dihukum mengikut Seksyen 30 (5) akta yang sama dengan denda tidak lebih RM10,000 atau tidak melebihi empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

9 comments:

  1. Salam en daun..berbuka ngan apa ptg ni..oh gini ke daun ketum...ada iras2 daun pelas besar tu heheh

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa, buka posa simple2 je kat opis, blik umah br mkn nsik. Klu smpt,pi trwkh dulu. Daun ketum nmpk mcm daun pelas tp saiznya sebesar daun ketapang tu.

    ReplyDelete
  3. tak silap mak sya guna air rebusan daun ketum untuk kencing manis

    ReplyDelete
  4. Mak Sya guna air rebusan daun ni utk rawat diabetis ye. Org tua2 biasanya mkn / minum air daun ketum ni utk tambah tenaga sbb kerja berat.

    ReplyDelete
  5. Bnyk jugak khasiat daun ketum nie rupanyer.

    Buat tuan rumah/bog, terima kasih untuk info nie :)

    Selama nie tau yg negatif saja ttg daun ketum. Tak pernah tau psl kebaikkan dan khasiat

    ReplyDelete
  6. Daun ketum mmg herba ubatan tradisional tp tlh disalahgunakan oleh segelintir manusia. Yg baik dn elok jd tak baik bila ia disalahguna.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. La mitraginina es una sustancia muy polémica en mi país, pues hay muchos a favor y en contra de su uso.

    ReplyDelete