Friday, July 9, 2010

Jeremin @ Pokok Halau Nyamuk

Pokok jeremin atau lebih dikenali dengan nama pokok halau nyamuk


Nama Botani : Pelargonium radula
Famili: Geraniaceae

Pengenalan

Pokok jeremin merupakan tumbuhan hiasan yang ditanam di kawasan sekitar rumah. Ia tidak boleh didedahkan secara terus kepada pancaran matahari yang terik. Pokok ini lebih menggemari suasana yang redup seperti di bawah naungan pokok besar dan boleh ditanam di dalam rumah. Ia membiak melalui keratan batang. Pokok ini memerlukan siraman air secara berjadual(sekurang-kurangnya sekali dalam sehari) untuk memastikan ianya tidak menjadi layu dan  kering.

Kegunaan

Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah kerana berfungsi sebagai penghalau nyamuk.

16 comments:

  1. macam menarik je pokok ni. kat mana nak cair ye. saya tak pernah tgk pokok ni. boleh buat hiasan rumah .. dan ada kelebihannya.

    ReplyDelete
  2. Pkk jeremin atau pkk halau nyamuk ni org jual kat nurseri. Pkk ni plg byk dijual di Cameron Highland. Murah je.

    ReplyDelete
  3. Memang berkesan.....saya test dilaman rumah sebelum letak pokok nie...saya lepak kat kerusi dlm 10mnt mmg bnyk nyamuk dtg dan saya ambik pokok tu letak sebelah dan kirang dari 5mnt nyamuk dah tde dan saya stay lebih kurang setengah jam kat laman sambil main game.....terbaik ciptaan Allah

    ReplyDelete
  4. Memang berkesan.....saya test dilaman rumah sebelum letak pokok nie...saya lepak kat kerusi dlm 10mnt mmg bnyk nyamuk dtg dan saya ambik pokok tu letak sebelah dan kirang dari 5mnt nyamuk dah tde dan saya stay lebih kurang setengah jam kat laman sambil main game.....terbaik ciptaan Allah

    ReplyDelete
  5. Saya perlukan tumbuhan herba ubatan untuk ditanam di rumah, ada sesiapa boleh tolong saya?
    sila hubungi melalui emel.. mkhairul.hamzah@gmail.com. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berminat bole wsp saya 0139103546'.tp x semua jenis herba ada..bole pegi ke page zarra herbs collection..

      Delete
  6. Dah bli ms pg cameron baru ni..rm6 sepasu.

    ReplyDelete
  7. Pokok ni tidak beracun, boleh diguna dalam masakan atau kuih, ganti air mawar

    ReplyDelete
  8. Saya pun DH amik,satu bro Yassin BG..try la mmg berkesan

    ReplyDelete
  9. Saya baru beli. .kalau yg tinggal area Sungai buloh, kota damansara, boleh pegi beli kat hospital kusta punya nursery.... Kalau area kota damansara, kat tepi jalan merujuk ke subang tu pun ada banyak..

    ReplyDelete
  10. dh siram sehari sekali, letak dlm rumah, tp still kering dan layu kenapa yer..

    ReplyDelete
  11. Mcmana boleh dapatkan pokok ni

    ReplyDelete