Wednesday, July 7, 2010

Bendi

Pokok bendi



Bendi merupakan sayuran yang banyak ditanam di Malaysia kerana permintaan terhadapnya sentiasa tinggi. Bendi juga dikenali dengan nama kacang mior(Kelantan) dan kacang lendiaq(utara Semenanjung Malaysia). Bendi biasanya dijadikan bahan masakan atau dimakan sebagai ulam.

Bendi mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat. Ia juga kaya dengan zat galian, vitamin dan kalsium. Bendi juga merupakan sayur yang baik untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Biji, akar dan bunga bendi direbus. Air rebusan tersebut diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil, meredakan bengkak dan radang, dijadikan selusuh(bagi wanita hamil), merawat penyakit gonorea dan sifilis. Ia juga boleh digunakan sebagai ubat batuk dan ubat sakit kerongkong setelah dicampur dengan sedikit gula. Untuk mengubati bisul dan kudis, sapukan air rebusan tersebut pada tempat yang berkenaan.

6 comments:

  1. Salam tuan kebun...byk rupanya kegunaan kacang mior ni ya....tapi akk mmg gemar mkn bendi ni

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa, bendi ni byk khasiat dn kegunaannya. Bgus la kalo akk suka mkn bendi ni.

    ReplyDelete
  3. bendir masak bening pun dah cukup sodap, nak2 kalau ada sambal belacan... perghhhhh!

    ReplyDelete
  4. Bendi msk bening tu simple tp sdp. Ada smbl belacan lg best.

    ReplyDelete
  5. Salam AdryDaud
    Terima kasih singgah ke blog saya. Panggil saya Temuk saja, ya. Bab tanam menanam yg dipaparkan ini memang favourite saya. Kat tepi tembok belakang rumah pokok2 bendi saya telah hampir mati. Banyak buahnya yg sempat dikutip. Lambat sikit memetik, buah cantik jadi benih! Masalahnya semasa pokok mahu membesar kerana sang siput khinzir suka meratahnya! Look frorward to reading your new entries.

    ReplyDelete
  6. Salam Temuk.. Trma ksh juga singgah dn bc info kat blog saya. Pkk bendi yg hmpir mati sebenarnya blh dipangkas pd bhgn bwh btg supaya keluar tunas baru. Ia membesar dn akan berbuah lg. Ada pekebun yg buat mcm tu utk gandakn pendapatan dn jimatkn masa. Biasanya siput khinzir dn cengkerik yg menjadi ancaman kpd pkk yg baru nk membesar. Sang siput khinzir akn mencantas rapat ke bhgn umbi. Cengkerik pula memotong agk tinggi sedikit dr bhgn tnh.

    ReplyDelete