Saturday, March 20, 2010

Buah Mentega @ Seralat

Buah mentega yang masih muda

Buah ini sangat menarik. Baldu merah warna kulitnya

Unik, menarik dan sedap rasanya.

Buah yang matang, menunggu masa untuk masak. Jika belum masak, buah ini kelat rasanya.


Yang ini masih muda.

Bentuk daun pokok ini yang lebar dan panjang

Inilah dia pokok buah mentega atau seralat. Tingginya melebihi 15 meter dan berusia puluhan tahun.

Nama Botani : Diospyros blancoi
Famili : Ebenaceae

Pengenalan

Buah mentega merupakan buah-buahan yang dikategorikan dalam golongan buah nadir kerana ia sukar untuk dijumpai pada masa sekarang. Pokok buah mentega juga dikenali dengan nama seralat oleh penduduk di Utara Semenanjung Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama butter fruit, buah marjerin, bisbul, sembolo, velvet apple, mabolo, buah lemak dab marit. Ia dipercayai berasal dari Filipina. Pokok buah mentega boleh mencapai ketinggian sehingga 30m. Ia membiak melalui biji benih, kaedah tut dan pembiakan vegetatif(cantuman mata tunas).

Kegunaan

Buah mentega sedap dimakan segar dan baunya wangi. Buah mentega atau seralat ini dipercayai berfungsi untuk mencuci buah pinggang.

12 comments:

  1. salam..wah cantik rasa macam pernah makan buah ni masa kecil2 dulu..buah ini selalu cantik nampak dikawasan masjid..betul x?

    ReplyDelete
  2. Salam cantik.. Betul ke cantik dh pernah mkn buah ni masa kecil2 dulu?Sy blm pernah lihat buah ni sblm ni.Tak penah pula sy lihat pkk ni ada dlm kwsn msjid.Yg ada biasanya pkk yg buah dia kaler hijau dn msk wrna merah.Buah yg mcm epal tu beracun dn blh mbawa maut.

    ReplyDelete
  3. bleh tau tak kt mane leh dpt buah nie?need for student final year project..huhu

    ReplyDelete
  4. Pokok yg dlm foto ni, tuan dia dh tebang tahun lepas. Tuan dia tak tau nk hargai buahan nadir ni. Pokok buah mentega makin pyh nk jumpa skrg ni.

    ReplyDelete
  5. Bila kembali ke UTM baru teringat akan buah yg rasanya seperti mentega....dahulu tak berani nak makan. Banyak ditanam di kawasan kolej wanita.... Esok nak cari kembali...buat benih.

    ReplyDelete
  6. Kat mana nak dapat buah ni.. lama nak makan tapi tak dapat

    ReplyDelete
  7. Kat mana nak dapat buah ni.. lama nak makan tapi tak dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok dan buah sanglap, seralat atau buah mentega ni dah semakin sukar nak dpt. Pokok yg dalam entri ni dah pn ditebang oleh tuannya. Dua tiga tahun lepas, saya lihat ada dijual di pasar. Skrg dah tiada.

      Delete
  8. Lama betul tak makan buah ni.. kalau mengidam payah nak dapat.. sedihnya. Sepatutnya di komersialkan

    ReplyDelete

  9. Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    ReplyDelete
  10. Yg hairannya kat Malaysia ramai masih kurang pengetahuan tentang pokok buah mentega saya ada tanam satu pokok je jadi tapi d8 Singapura byk ditanam di tepi highway malah buah ini kadangkala boleh dibeli di pasar Geylang lebih kurang 4 himgga 6 dollar je sekilo klu ada musim

    ReplyDelete
  11. Belakang rumah ada pokok dia, tapi sampai ke sudah tak berbuah lagi. Cam mane yek nak rangsang dia bagi berbuah..?

    ReplyDelete