Nama Botani : Euphorbia tircalli
Pengenalan
Pokok tulang-tulang atau tetulang merupakan tumbuhan herba yang unik bentuknya kerana pokok ini hanya mempunyai batang dan ranting yang berbentuk seperti tulang atau rangka tanpa daun.
KegunaanPokok tulang-tulang ini amat berkhasiat dan berkesan untuk merawat bisul, kesan bengkak dan juga kepatahan tulang. Khasiat pokok ini apa pada getah berwarna putih yang keluar apabila dipatahkan bahagian pokok yang telah matang. Untuk merawat bisul, bengkak atau patah, ranting dahannya yang segar dilayur atas api yang sederhana besar dan tekapkan ranting dahan pokok tetulang ini pada tempat yang terkena bisul, bengkak atau patah, kemudian balut menggunakan kain yang bersih.
No comments:
Post a Comment