Sunday, January 31, 2010

Setawar Halia

Pokok setawar halia

Nama Botani : Costus speciosus (koenig) Smith
Famili: Zingerberaceae

Pengenalan

Setawar halia biasa dijumpai tumbuh liar dan ada juga yang ditanam ditaman kerana bunganya yang cantik. Ia mencapai ketinggian di antara 1-3m. Tumbuhan ini mempunyai rizom yang menyerupai rizom halia. Ia membiak melalui biji benih dan pecahan rizom. Bunganya berwarna putih dengan tangkai bunganya berwarna merah.

Kegunaan

Rizom setawar halia dijadikan penawar untuk penyakit seperti kusta, penyakit kulit, demam, asma, bronkitis, anaemia, sembelit dan boleh merawat luka terbakar. Ia juga digunakan untuk menghilangkan rasa loya, pening dan muntah. Setawar halia juga dipercayai dapat meningkatkan tenaga batin lelaki. Sulur pokok ini yang masih muda dimasak sebagai sup dan dimakan.

3 comments:

  1. Wah..byk kegunaan jgk ya.baru la sya tau..selama ni duk tgk ja..apa la pokok ni..huhu

    ReplyDelete
  2. Byk juga kegunaan pkk ni tp tak ramai yg tahu khasiatnya. Foto kelabu asap je tu. Masa ni baru nk berjinak2 dgn dunia blog. Kamera pn cap ayam je..hehe..

    ReplyDelete
  3. Rizom tu apa ya? Bagaimana nak biakkan pokok ni?

    ReplyDelete