Wednesday, January 20, 2010

Kisaran

Pernah anda melihat batu seperti dalam foto di bawah ini? Pasti ada yang tahu tentang batu dan apakah fungsi batu yang mempunyai lubang ini tetapi ramai yang langsung tidak pernah melihat atau tahu mengenainya. Apakah ianya batu dari zaman paleolitik?

Batu berbentuk bulat dan mempunyai lubang.

Pandangan sisi

Ini pula pasangan batu tersebut. Ada alur di sekelilingnya dan mempunyai alur keluar di bahagian muncung hadapan.

Pandangan dari atas. Perhatikan alur yang berbentuk lingkaran.

Beginilah keadaan batu tersebut bila ditemukan dengan pasangannya. Apakah nama batu unik ini dan fungsi ia dibuat sebegitu rupa? Alatan tradsional ini dikenali dengan nama kisaran. Fungsinya sebagai alat pengisar pada zaman sebelum wujudnya mesin pengisar elektrik dan tepung.

Bagaimana Kisaran Berfungsi?

Kisaran merupakan batu yang dibentuk supaya berfungsi sebagai alat pengisar. Biasanya dua bahan utama yang dkisar menggunakan kisaran ini iaitu beras dan beras pulut. Kedua-dua bahan ini dikisar sehingga menjadi tepung untuk membuat kuih-muih dan makanan tradisional. Beras atau beras pulut yang ingin dikisar diletakkan di bahagian bertanda (A) dan seterusnya batu bulat pada bahagian atas akan diputar perlahan-lahan. Bahan tersebut akan masuk melalui lubang bertanda (B) dan seterusnya akan hancur setelah berlaku geseran antara dua batu yang berat ini. Dianggarkan berat batu bahagian atas lebih kurang 10kg dan batu bahagian bawah mencecah 25kg. Bahan yang dikisar akan keluar ke dalam alur yang bertanda (C) dan seterusnya ke arah alurpada muncung kisaran yang bertanda (D). Proses ini akan dibuat berulang kali sehingga beras atau beras pulut berubah menjadi tepung kerana dengan sekali kisaran tidak akan menghasilkan tepung.

Kisaran ini merupakan alatan penting pada zaman sebelum adanya bekalan elektrik, pengisar dan tepung dalam bungkusan. Kini ianya makin dilupai dan ada yang sudah tidak mengetahui tentang kewujudan kisaran ini.

2 comments:

  1. salam..lama bangat tak tengok kisaran ni...lgkawi panggil nama gini jugak ke

    ReplyDelete
  2. salam..kisaran ni alatan tradisional yg dh terpinggir dn akn pupus sbb tu i ltk sbg n3 dlm blog ni.Kat sini panggil kisaran ni sbg pengisar atau pengisaq. Kisaran tu saja nk bg pghormatan utk istilah Kelate.

    ReplyDelete