Monday, October 19, 2009

Temu Kunci

Bentuk pokok dan rizom temu kunci

Pokok Temu Kunci

Nama Botani : Kaempferia pandurata
Famili : Zingerberaceae

Pengenalan


Temu kunci atau biasa dipanggil kunci merupakan tumbuhan yang tumbuh liar dikawasan belukar atau hutan yang tidak terlalu tebal. Ia biasanya tumbuh dikawasan yang agak lembab seperti di dalam kebun getah. Rizomnya yang berbentuk panjang berbau wangi menyebabkan ia juga dijadikan rempah dalam masakan.

Kegunaan

Temu kunci merupakan antara bahan popular yang digunakan sebagai jamu lepas bersalin. Ia mempunyai fungsi untuk melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kecergasan badan. Untuk membuat jamu yang mudah, 500g temu lawak dan 500 g temu kunci ditumbuk atau kisar bersama-sama. airnya kemudiannya diminum segelas setiap hari semasa pantang terutamanya pada minggu pertama kelahiran.

5 comments:

  1. Hehe..mmg takdak rupa kunci tp temu ni byk jenis. Ada temu lawak, temu pauh dsb.

    ReplyDelete
  2. Salam Adrydaud...macam mana nak tanam temu kunci ni?tanam dengan ubi yg panjang sekali atau rizom sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam P@aN,

      Maaf lambat nak respon pertanyaan ni. Temu kunci blh ditanam menggunakan rizom bersekali dengan ubinya dan anak pokok.

      Delete
  3. Assalamualaikum. Dimana saya boleh beli temu kunci ini ya?

    ReplyDelete