Friday, December 23, 2011

Ribu-Ribu

Pokok paku pakis Ribu-ribu yang melilit pokok lain.


Nama Botani : Lygodium microphyllum R. Br.
Famili : Schizaeceae

Ribu-ribu merupakan tumbuhan jenis paku pakis yang mudah dijumpai . Ia tumbuh dengan melilit pokok-pokok lain di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari . Pokok Ribu-ribu ini adalah antara bahan utama dalam seni kraf terutama yang melibatkan anyaman untuk ikatan. Bahagian yang digunakan untuk anyaman ialah batang pokok Ribu-ribu yang panjang dan liat. Ia tidak mudah putus dan agak kuat. Anyaman tulang belut dapat dibuat dengan sempurna oleh mereka yang pakar menggunakan batang pokok Ribu-ribu ini. Batang pokok Ribu-ribu juga bolh digunakan untuk membuat jut. Jut merupakan alat tangkapan ikan yang sangt tradisional. Jut dibuat dengan menganyam batang pokok Ribu-ribu dan menjadi perangkap ikan. Saya pernah belajar membuat jut daripada arwah bapa. Saya yakin tidak ramai yang mengenali jut ini.

Tuesday, December 20, 2011

Bagai Sirih Pulang Ke Gagang


Bagai sirih pulang ke gagang membawa maksud, sesuatu yang kena atau sesuai pada tempatnya. Tangkai daun sirih yang diputuskan daripada pokoknya jika diletakkan semula pada bahagian asal, tidak akan nampak cacat celanya. Gagang merupakan tempat bekas tangkai daun sirih.

Friday, December 16, 2011

Dendang Selayang @ Black Naped Oriole

Dendang Selayang atau Kunyit Besar

Singgah sebentar sambil berkicau diranting pokok rhu.


Burung Dendang Selayang yang juga dikenali dengan nama Kunyit Besar, Kunyit Dada Leper dan Black Naped Oriole. Nama saintifik bagi burung ini, Oriolus chinensis daripada famili Oriolidae. Burung Dendang Selayang berwarna kuning keemasan dan mepunyai jalur hitam pada bahagian mata, tepi kepala sehingga ke bahagian belakang kepala. Sayap dan ekornya berwarna kuning dan hitam. Paruh berwarna oren muda. Burung betina berwarna kuing kehijauan pada bahagian atas badan dan atas sayap. Panjang keseluruhan burung ini adalah 24 - 28 cm. Musim membiak bagi burung Dendang Selayang ialah pada bulan Disember hingga Jun setiap tahun.

Burung ini mengeluarkan bunyi siulan atau kicauan yang agak kuat dan merdu iaitu, kwia-lu, u-dli-u, u-lu-lu, u liu secara berulang-ulang. Ia juga mengeluarkan bunyi kyehhrr

Akta 76/72, spesis ini diperlindungi sepenuhnya.

Thursday, December 15, 2011

LIMA 2011 - 10 Disember 2011

Sukhoi SU-30


Eurofigther Typhoon

Smokey Bandits.. MIG-29N

KD Tun Abdul Razak. Kapal selam kedua Malaysia

Beratur panjang dalam panas terik semata-mata untuk tidak lepaskan peluang menaiki kapal KD Kelantan.

Pengunjung membanjiri Awana Porto Malai untuk pameran maritim.






Wednesday, December 14, 2011

LIMA 2011 - Eurofighter Typhoon In Action



Rakaman video ini mengguna kamera digital dengan jarak zoom paling jauh lebih kurang 2 km. Gambar kurang memuaskan.

Tuesday, December 13, 2011

LIMA 2011 - Aerobatik Krisakti






Krisakti ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Aerotree dengan kerjasama Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Pesawat yang digunakan untuk persembahan aerobatik ini adalah Extra 300L. Pelbagai formasi aerobatik yang dibuat oleh Krisakti dan paling mendapat tepukan gemuruh daripada penonton, bentuk 'love' atau hati oleh dua buah pesawat.

Thursday, December 8, 2011

LIMA '11 - Acara Pada 8, 9, 10 December, 2011

Pameran Udara berlangsung di Dewan Mahsuri atau Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC). MIEC terletak berhampiran Langkawi International Airport, Padang Mat Sirat.

MIEC dari jauh.

Pesawat pengangkut canggih milik US Air Force antara yang dipamer di sini.

Pesawat penumpang dan helikopter.

Jet pejuang

Sedia untuk berlepas. Pesawat Hercules milik TUDM.

Take off.

Nota : Semua foto diambil pada 8 Disember, 2011 (09:45am to 10:00am)


Day 3 Thursday, 8th December 2011

1000 Exhibition opens to trade visitors
0930 - 1300 Capitalising Offset for Industry Development 1) New Policy & Guidelines 2) Technology Depository Agency 3) Economic Enhancement Program Ballroom, MIEC Organised by MIGHT
1000 – 1300 & 1400 -1630 Maritime Demonstrations Awana Porto Malai
1030 - 1130 Aerospace Industry Outlook 1) Malaysian Aerospace Industry Development 2) Global Perspective: Challenges faced by the Industry Ballroom, MIEC Organised by MIGHT
1030 - 1130 Official MOU Signing Ceremony Ballroom, MIEC Witnessed by YAB PM
1130 - 1300 Aerial Display MIEC
1400 - 1500 The Growth of Airline Business in ASEAN 1) MAS & Air Asia Smart Collaboration 2) Future Airlines Business in Asia Pacific Ballroom, MIEC Organised by MIGHT
1400 - 1600 Aerospace Research & Technology 1) Aerostructure Manufacturing Innovation Centre 2) Developing Malaysia Aerospace R & T Capability 3) Local Capability in Developing Systems Integration 4) Technology within MRO Ballroom, MIEC Organised by MIGHT
1400 - 1700 B2B Meetings MIDA / MATRADE 1700 ~Exhibition Day Three ends~
1800 - 1930 Warship Receptions Awana Porto Malai
2000 - 2230 International Maritime Cultural Night Awana Porto Malai by invitation

Day 4 Friday, 9th December 2011

1000 Exhibition opens to public visitors
1000 -1130 & 1430 - 1600 Aerial Display MIEC
1130 - 1330 Malaysian Shipbuilding and Ship Repair Industry Strategy 1) The Way Forward of the Maritime Industry 2) R & D in Maritime – Issues and Challenges 3) Industry – University Collaborative Campus 4) Maritime Industry Development Trend Ballroom, MIEC Organised by MIGHT
1000 – 1300 & 1400 -1630 Maritime Demonstrations Awana Porto Malai
1430-1600 Aerial Display MIEC
1000 - 1700 Career Day Programme MIEC
1700 ~ Exhibition Day Four ends ~

Day 5 Saturday, 10th December 2011

0700-1200 LIMA’11 Golf Classic Sponsored by Gunung Raya Golf Club By invitation
1000 Exhibition opens to public visitors
1000-1130 & 1430-1600 Aerial Display MIEC
1000 – 1300 & 1400 -1630 Maritime Demonstrations Awana Porto Malai
1000-1700 Career Day Programme MIEC
1700 ~ Exhibition ends ~


Tuesday, December 6, 2011

Buah Delima

Buah delima yang mempunyai pelbagai kebaikan

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima
(surah Ar-Rahman : Ayat 68)

Di dalam al Quran, buah delima disebut sebanyak tiga kali dalam firmanNya. Ia juga dikenali sebagai buahan syurga. Delima berasal dari negara Iran, Aghanistan dan Hilmaya. Delima atau nama botaninya, Punica granatum adalah tumbuhan dalam famili Punicaceae. Pokok delima jenis renek dengan ketinggian sekitar 3 hingga 6 meter sahaja. Ia lebih sesuai ditanam dikawasan subtropika iaitu kawasan yang mengalami musim panas yang kering dan musim yang sejuk. Pokok delima boleh dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang (kaedah tut). Buah delima berbentuk bebola dan terdapat kaliks kekal pada bahagian hujung buah. Semasa muda, buah delima berwarna hijau dan apabila masak berubah menjadi merah, merah jambu, kuning dan hijau kemerahan mengikut jenis. Isi buah delima dalam bentuk biji yang banyak secara individu dan diselaputi oleh isi lutsinar berwarna merah atau merah jambu yang manis.

Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak. Delima juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan disenteri dan enteritis atau bengkak usus. Di negara Timur Tengah, air buah delima digunakan  untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir juga boleh dirawati menggunakan buah delima kerana astringen yang terdapat dalam airnya. Buah delima juga baik untuk ibu hamil.

Info akan disambung.....