VIP Dedaun Alam

Thursday, July 29, 2010

Bonglai Bukit

Pokok bonglai bukit


Nama Botani : Zingiber Cassumunar
Famili : Zingiberaceae

Pengenalan

Pokok bonglai bukit merupakan tumbuhan yang sekeluarga dengan halia dan lengkuas. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan terutama kawasan lembap. Pokok ini mempunyai nama yang hampir sama dengan bonglai atau beka tetapi kedua-dua pokok ini sangat berbeza cirinya.

Kegunaan

Rizom pokok bonglai bukit yang direbus digunakan sebagai herba lepas bersalin. Daunnya yang disalai atas api dan dibalut pada tempat berkenaan dipercayai dapat merawat seliuh dan sakit urat.

Wednesday, July 28, 2010

Ubi Kayu

Pokok ubi kayu yang mempunyai pelbagai manfaat untuk kita.


Nama Botani: Manihot Esculenta
Famili : Euphorbiaceae

Pengenalan

Pokok ubi kayu berasal dari Amerika Selatan. Pokok ubi kayu merupakan tumbuhan berbatang rapuh dan mudah patah. Batangnya berbentuk bulat dan bergerigi yang disebabkan bekas pangkal tangkai daun. Bahagian tengah batangnya mempunyai gabus. Pokok ubi kayu biasanya mencapai ketinggian sehingga 4 meter. Ia mudah ditanam dan penjagaannya juga tidak sukar. Pokok ini boleh ditanam menggunakan keratan batang. Ia tumbuh subur di kawasan yang berketinggian 1200 meter dari aras laut. Daun pokok ubi kayu memiliki tangkai panjang dan setiap tangkai mempunyai daun sekitar 3-8 helai. Kulit batang ubi kayu mengandung tanin, enzim peroksida, glikosida dan kalsium oksalat.

Kegunaan

Pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, ubi kayu menjadi makanan pilihan setelah bekalan beras sukar diperolehi. Ia juga mnejadi makanan pilihan semasa musim tengkujuh. Ubi kayu boleh direbus, dibakar, digoreng, dijadikan kerepek dan kuih muih tradisional.

Selain ubi yang boleh dimakan, daun dan bahagian pokok ubi kayu juga ada gunanya untuk kita. Untuk merawat reumatik, 5 helai daun ubi kayu dan satu sudu besar kapur sirih ditumbuk sehingga lumat dan ditampal pada tempat berkenaan. Sepotong batang ubi kayu direbus bersama 3 gelas air sehingga mendidih, kemudian ditapis dan diminum dua kali sehari(waktu pagi dan petang) dipercayai dapat meredakan demam. Manakala daunnya yang dilumatkan dan ditampal pada bahagian kepala dapat mengatasi sakit kepala. Air rebusan daun ubi kayu juga dikatakan dapat merawat cirit birit. Pucuk ubi kayu yang dicelur dan dimakan sebagai ulam dapat menambah selera makan. Tangkai daun yang muda ditumbuk halus atau buah ubi kayu yang diparut boleh digunakan untuk luka bernanah.

Kandungan nutrisi bagi ubi dan daun ubi kayu ( per 100 gram ):

Ubi kayu

Kalori 146 kal
Protein 1.2 gram
Lemak 0.3 gram
Kalsium, 33.0 mg
Fosforus, 40.0 mg
Zat besi, 0.7 mg

Daun ubi kayu

Vitamin A, 11000 IU
Vitamin, C 275 mg
Vitamin, B1 0.12 mg
Kalsium, 165 mg
Kalori, 73 kal
Fosforus, 54 mg
Protein, 6.8 gram
Lemak, 1.2 gram
Zat besi, 2 mg

Tuesday, July 27, 2010

Paku Tanduk Rusa

Pokok paku tanduk rusa yang mempunyai daun seperti tanduk rusa


Nama Botani : Platycerium sp.
Famili: Polypodiaceae

Pengenalan

Pokok paku tanduk rusa atau staghorn fern ini merupakan tumbuhan jenis paku pakis yang menumpang di pokok lain. Ia jenis epifit dan melekap pada dahan atau batang pokok besar yang lain. Pokok ini mempunyai daun yang unik bentuknya iaitu menyerupai tanduk rusa. Terdapat lebih daripada 17 spesis paku tanduk rusa di seluruh dunia seperti platycerium bifurcatum(Australia Timur, New Guinea dan New Caledonia), platycerium andinum(Peru dan Bolivia, platycerium alcicorne (Madagascar), Platycerium grande (Australia, Malaysia dan Filipina) dan platycerium conorum(Malaysia). Pokok tanduk rusa lebih menggemari cuaca tropika tetapi mampu bertahan dalam cuaca di bawah paras beku(-9 Celcius). Pokok ini membiak melalui spora dan pecahan anak.

Kegunaan

Daun tanduk rusa ditumbuk bersama sedikit garam dan ditambah segelas air, ditapis dan diminum pada waktu pagi dan petang dipercayai dapat merawat demam. Untuk mengatasi masalah haid yang tidak teratur, daun paku tanduk rusa dicampur dalam air mendidih dan diminum sebelum kedatangan haid. Daun paku tanduk rusa dan sedikit kapur sirih ditumbuk halus dan ditampal pada bisul dapat merawat bisul.

Monday, July 26, 2010

Kuku Garuda

Pokok kuku garuda yang kurang dikenali oleh generasi muda.

Nama Botani : Polyscias filicifolia / fruticosa (L.) Harms.
Famili : Araliaceae

Pengenalan

Pokok kuku garuda juga dikenali dengan nama pokok siku keluang ini dipercayai berasal dari Indonesia. Pokok renek ini mempunyai banyak variasi yang boleh dibezakan dengan bentuk daun. Daun pokok kuku garuda ini mepunyai bentuk tajam dan bergerigi di bahagian tepi daun. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan. Ia boleh dibiak melalui keratan batang.

Kegunaan

Pucuk dan daun muda pokok kuku garuda ini boleh dimakan sebagai ulaman dan dijadikan bahan masakan. Akar atau daun pokok ini yang direbus dan diminum boleh digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil serta merawat penyakit batu karang. Daun kuku garuda yang dilumatkan dan ditampal pada tempat berkenaan dikatakan dapat merawat sakit saraf dan reumatik. Ia juga boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan yang disebabkan oleh luka kecil.

Sunday, July 25, 2010

Rancang Tembaga

Pokok rancang tembaga

Nama Botani : Smilax calophylla Wall.
Famili : Liliaceae

Pengenalan

Pokok rancang tembaga merupakan tumbuhan semulajadi yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Pokok ini mempunyai rizom di dalam tanah. Ketinggian pokok ini biasanya tidak melebihi 1 meter. Ia tumbuh di kawasan tanah rata dan kawasan tanah tinggi. Daun pokok rancang tembaga mempunyai tiga urat daun yang jelas kelihatan. Pokok rancang tembaga mempunyai bunga yang berbentuk jambak dan buahnya dalam bentuk beri(bulat-bulat kecil). Ketika muda buahnya berwarna hijau dan bertukar menjadi merah apabila masak. Pokok ini membiak melalui biji benih, rizom, keratan batang dan pecahan anak.

Kegunaan


Batang, rizom dan akar pokok rancang tembaga direbus bersama-sama dengan akar tongkat ali dan ubi jaga digunakan sebagai afrodisiak dan untuk ibu lepas bersalin. Daun rancang tembaga yang disapukan dengan minyak kelapa dan dilayur di atas api kemudian ditampal pada tempat bengkak dipercayai dapat meredakan bengkak.

Dukung Anak

Pokok dukung anak


Nama botani : Phyllanthus niruri
Famili : Eurphobiaceae

Pengenalan

Pokok dukung anak biasanya tumbuh secara meliar di kawasan rumah, tepi-tepi jalan dan kawasan terbiar. Pokok ini agak lasak kerana mampu hidup dalam apa jua keadaan cuaca dan tempat. Ketinggiannya biasanya tidak melebihi 0.5 meter.

Kegunaan

Seluruh bahagian pokok ini yang direbus dan diminum mampu mengubati cirit-birit dan menurunkan tekanan darah tinggi. Perahan air daripada pokok ini juga digunakan untuk mengubati kudis dan luka. Air perahan daripada pokok dukung anak juga boleh digunakan untuk mengubati luka dan kudis. Titiskan air perahan itu ke bahagian yang luka dan berkudis.

Pokok dukung anak (kira-kira secekak) dimasak dengan sedikit susu kambing dikatakan dapat mencegah bayi daripada dijangkiti penyakit demam kuning dan ia juga boleh merawat penyakit hepatitis.

Friday, July 23, 2010

Petai Belalang

Pokok petai belalang. Buahnya boleh dimakan mentah atau sebagai ulam


Nama Botani : Leucaena leucocephala
Famili : Leguminosae

Pengenalan

Pokok petai belalang sebenarnya berasal dari Mexico. Pokok petai belalang boleh membesar sehingga ketinggan 4 meter. Ia tidak sesuai ditanam di kawasan tanah berpasir dan tidak mempunyai saliran yang baik. Ia mempunyai daun bipinat dan bersaiz kecil. Petai belalang mempunyai buah sperti petai biasa tetapi lebih kecil saiznya. Petai belalang boleh ditanam menggunakan biji benih dan keratan batang.

Kegunaan

Pokok petai belalang boleh digunakan untuk mengubati diabetis. Rebus akarnya dengan menggunakan tiga cawan air. Biarkan air rebusan itu mendidih sehingga tinggal kira-kira secawan. Air rebusan akar tadi boleh diminum sehari sekali. Daun-daun muda petai belalang yang ditumbuk bersama-sama beras dan ditampal pada kerongkong boleh meredakan batuk. Ia juga boleh merawat kudis campak dengan menyapu ke bahagian kulit.

Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur. Daunnya dibakar, ambil abu dan dicampur dengan minyak kelapa, gosok ke bahagian kulit kepala. Bungkus rambut selama sejam dan kemudian bilas menggunakan air bersih. Daun petai belalang direbus bersama tawas boleh mengubati penyakit kayap. Gunakan air rebusan tersebut untuk mandi dan membersihkan badan.

Selain digunakan untuk perubatan tradisional, petai belalang boleh dijadikan sebagai makanan tambahan untuk ternakan kambing. Walaupun kambing amat menyukai daun petai belalang, pemberiannya sebagai makanan tambahan tidak boleh melebihi 30% kerana daun dan batang petai belalang mengandungi mimosin yang boleh menyebabkan keguguran bulu, kehilangan selera makan, pengeluaran air liur berlebihan dan pembesaran kelenjar tiroid.

Thursday, July 22, 2010

Mata Kucing

Pokok mata kucing yang mula berputik dan mengeluarkan buah

Buah mata kucing        
  "Eh! nape en. Daun buh gambar saya dalam ni?" 
              "Nak tengok mata awak sama tak dengan buah tu..he..he.."                                


Nama Botani : Dimocarpus longan malesianus
Famili : Sapindaceae

Pengenalan

Pokok mata kucing sebenarnya subspesis longan. Pokok ini berasal dari China. Pokok mata kucing satu keluarga dengan rambutan dan laici. Pokok mata kucing mendapat namanya daripada bentuk buah yang seakan mata kucing.

Kegunaan

Daun pokok mata kucing mengandungi quercitrin dan quercetin yang memiliki sifat antioksidan dan antivirus. Ia mampu untuk merawat alergik, kanser, diabetes dan penyakit kardiovaskular. Bijinya pula mengandungi saponin, tannin dan lemak. Biji buah mata kucing dijadikan bahan untuk membuat syampu dan boleh digunakan untuk mengurangkan pengeluaran peluh secara berlebihan. Ia juga digunakan untuk menghentikan pendarahan.

Isi buah mata kucing dipercayai dapat merawat sakit perut, mencegah demam dan membunuh cacing dalam perut. Buah mata kucing memberi tenaga yang baik dan dapat meningkatkan stamina. Ia mengandungi sukrosa, protein, lemak dan glukosa. Buah mata kucing elok dimakan oleh wanita/ibu hamil dan selepas bersalin. Namun begitu ia hanya boleh dimakan dalam kuantiti yang sedikit(tidak berlebihan).

Dengan memakan buah mata kucing segar dikatakan boleh mencegah daripada demam, menambah nafsu makan dan mencegah anemia.

Kandungan Nutrisi bagi 100g isi buah mata kucing

Kalori, 61
Kelembapan, 82.4g
Protein, 1.0g
Lemak, 0.1g
Karbohidrat, 15.8g
Fiber, 0.4g
Ash, 0.7g
Kalsium, 10mg
Fosforus, 42mg
Iron, 1.2mg
Thiamine, 0.04 mg
Asid askorbik, 6 mg

Mata Ayam

Pokok mata ayam biasa dijumpai tumbuh di ladang/kebun getah.

Buah mata ayam yang masih muda. Apabila masak, ia berubah menjadi merah

Nama Botani : Ardisia crispa/crenata
Famili : Myrsinaceae

Pengenalan

Pokok mata adalah tumbuhan spesis ardisia yang biasanya tumbuh liar di dalam semak, kebun getah dan kawasan terbiar. Pokok mata ayam boleh mebesar dengan ketinggian mencecah 3m. Ramai yang terkeliru di antara pokok mata ayam, mata pelandok, mata itik dan beberas. Ada yang berpendapat semua pokok tersebut adalah sama. Sebenarnya ia adalah pokok yang berbeza tetapi daripada spesis yang sama. Di Malaysia terdapat 75 spesis ardisia dan yang biasa dijumpai ialah ardisia crispa/crenata (mata ayam), ardisia elliptica(mata itek), ardisia odontophylla, ardisia oxyphlla (mata itek), ardisia villosa (mata pelandok) dan ardisia stylosa (beberas atau beras-beras). Pokok dalam spesis ini boleh dibezakan dengan ciri pokok, bentuk daun dan buah.

Kegunaan

Pucuk muda pokok mata ayam boleh dijadikan ulam. Buahnya yang berbentuk beri juga boleh dimakan. Bahagian buah yang boleh dimakan adalah kulitnya, biji buah mata ayam agak keras dan besar. Rasanya manis dan sedikit kelat. Daun pokok mata ayam yang dilumatkan dan ditampal pada bisul dapat digunakan untuk merawat bisul. Manakala daun muda dan pucuknya yang dihancurkan dan digunakan sebagai syampu dapat menghilangkan kelemumur.

Wednesday, July 21, 2010

Tokke @ Gecko

Tokke atau gecko

Gambar tokke tanpa menggunakan 'flash' kamera

Tokke merupakan spesis gecko daripada famili gekkonidae yang biasa ditemui hidup di atas pokok, celahan kayu, dalam rumah di kawasan kampung dan tepi hutan. Tokke atau nama biasanya, tokek memakan serangga, cicak kecil, tikus kecil dan pelbagai jenis serangga kecil. Nama 'tokke' adalah panggilan bagi penduduk di Langkawi. Tokke mendapat nama kerana ia mengeluarkan bunyi yang agak kuat dan lantang walaupun badannya kecil. Tokke akan berbunyi, "tokkeee...tokkeee.." beberapa kali dalam tempoh tertentu terutama pada waktu malam. Tokke aktif pada waktu malam kerana pada siang ia akan menyembunyikan diri di tempat yang terlindung.

Sedikit kisah mengenai tokke dalam foto di atas:

Ia sebenarnya tinggal bersama-sama kami sejak 5 bulan yang lalu. Entah dari mana ia datang. Memang agak sukar melihat tokke pada waktu siang atau malam kerana ia jenis pemalu dan takut kepada manusia. Malam tadi, ia muncul untuk tunjukkan dirinya seketika sebelum hilang sambil berbunyi, 'tokkee..tokkee..tokkeee..' Tokke ini dibiarkan tinggal kerana ia membantu mengurangkan serangga/binatangyang tidak perlu dalam rumah seperti lipas, tikus kecil dan cicak. Setakat ini ia menjalankan tugas dengan baik walaupun kadang-kadang bunyinya boleh memeranjatkan sesiapa yang tidak biasa dengan bunyi tokke ini. Biarpun ia dikatakan sangat bernilai dalam pasaran sekarang, kami tidak berniat untuk menjualnya biarpun berapa harga yang ditawarkan. Tokke dipercayai mempunyai khasiat perubatan yang sangat tinggi.

Fakta : Tokke seberat 64kg yang dijumpai di Sabah dikatakan dijual dengan harga RM64 juta. Ia dijual mengikut gram. Tokke dalam gambar di atas mungkin mencecah ke RM50,000.00! Ada sesiapa yang berminat untuk beli tokke? Nanti penulis cari tokke yang lain kerana tokke kesayangan kami TIDAK akan dijual..

Gelenggang

Gelenggang biasanya tumbuh liar di kawasan yang lembab.


Nama Botani : Cassia Alata
Famili : Caesalpinaceae

Pengenalan

Gelenggang adalah tumbuhan renek yang tumbuh secara meliar di kawasan terbiar terutama kawasan berdekatan dengan air seperti sungai, sawah padi dan paya. Ketinggian pokok ini mencapai sehingga 7 meter. Pokok gelenggang mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Apa yang menarik, dedaun pokok gelenggang ini akan 'rehat' (tertutup) pada waktu malam. Buahnya dalam bentuk lenggai.

Kegunaan

Daun gelenggang telah digunakan sejak lama dahulu untuk mengubati kurap dan panau. Daun gelenggang yang segar dihancurkan, dicampur dengan sedikit minyak tanah dan dilumurkannya pada tempat yang berkenaan. Daun pokok ini juga dikatakan boleh digunakan untuk hilangkan jerawat.

Kucai

Pokok kucai mempunyai daun panjang dan nipis berbanding bawang yang berdaun bulat dan panjang.


Nama Botani : Allium schoenoprasum
Famili : Liliacae

Kucai merupakan sayuran yang hampir sama dengan pokok bawang tetapi mempunyai daun yang nipis berbanding bawang. Kucai biasanya dimakan sebagai sayur atau ulam.

Kucai boleh merawat dan mengatasi masalah senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Ia juga melancarkan pengaliran darah. Kucai boleh dimakan sebagai ulam atau daunnya ditumbuk lumat, dicampur dengan air panas dan diminum dipercayai berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, senggugut dan keputihan.

Kandungan Nutrien Kucai

Tenaga, 45kkal
Protein, 3.8g
Lemak, 0.6g
•Kalsium, 76mg
•Fosforus, 91mg
•Besi, 2.5mg
•Vitamin A, 500IU
•Vitamin B1, 0.11mg
•Vitamin C, 59mg

Tuesday, July 20, 2010

Kubung

Kubung dalam usaha melarikan diri daripada penulis yang menghalakan lensa kamera ke arahnya.


Memanjat ke tempat yang lebih tinggi dan selamat

"Apa yang orang ni buat kat aku? Lariii....", mungkin itu yang difikirkan oleh kubung comel ini. Ia memanjat pokok ini ke bahagian yang paling tinggi.

Akhirnya kubung ini bersembunyi di sebalik dedaunan pokok cermai.


Kubung (cynocephalus variegatus) daripada famili cynocephalidae dikenali dengan nama Malayan flying Lemur. Kubung bukannya spesis lemur dan sebenarnya ia tidak terbang tetapi mampu meluncur(gliding) menggunakan kulit nipis yang terdapat di antara empat kakinya. Ia meluncur dengan membuka ke empat-empat kakinya ketika melompat di antara pokok ke pokok yang lain. Ramai yang tersalah anggap kubung adalah tupai terbang dan ada yang menyangka ianya daripada spesis kelawar. Kubung aktif pada waktu malam dan adakala ia keluar pada siang hari. Daun muda, pucuk, bunga dan buah menjadi makanan kepada kubung ini. Kubung merupakan haiwan jenis mamalia, ia bunting kira-kira 2 bulan dan melahirkan seekor anak yang dibawa pada perutnya.

Monday, July 19, 2010

Rambutan Cinta Melengung

Buah rambutan telan atau masam yang masak mengundang rasa ingin untuk mencuba rasanya.

Saiz buah yang lebih kecil dan rasa isinya agak masam

Rambutan cinta melengung?? Mungkin ini kali pertama pembaca Dedaun Alam mendengarnya. Begitu juga dengan penulis yang teruja dengan nama indah bagi rambutan ini. Nama indah bagi buah rambutan ini sebenarnya diberikan oleh ibu saudara isteri penulis. Mengapa ia diberi nama sedemikian? Biasanya ia dikenali dengan rambutan telan atau rambutan masam. Mungkin ada nama yang berbeza diberikan untuk rambutan ini di tempat/negeri lain. Rambutan ini rasanya masam dan isinya tidak lekang daripada biji. Saiznya juga lebih kecil berbanding rambutan biasa. Terdapat dua jenis rambutan masam atau rambutan telan ini iaitu kulit berwarna merah dan satu lagi berwarna kuning apabila masak. Rambutan ini jika dimakan ia ditelan bersekali dengan bijinya. Rambutan jenis ini mungkin tidak begitu dikenali oleh generasi muda sekarang. Selain dimakan segar, rambutan ini boleh dijadikan jem. Ok, nama rambutan cinta melengung diberi kerana apabila kita melihat buahnya yang masak dan merah, kita rasa teringin(cinta) untuk makan. namun setelah buah dimakan, kita jadi 'melengung' (termenung atau terkedu) dek kerana rasanya yang masam.

Rambutan

Rambutan yang paling diminati iaitu klon R 191 atau lebih dikenali dengan nama rambutan 'anak sekolah'

Rambutan berkulit kuning ini adalah daripada jenis rambutan gading.

Dari kiri rambutan masam atau rambutan telan, rambutan anak sekolah dan rambutan gading


Nama Saintifik: Nephelium lappaceum L.
Famili: Sapindaceae

Pengenalan

Pokok rambutan berasal dari Asia Tenggara iaitu Malaysia hingga ke Indonesia. Pokok rambutan mempunyai kanopi yang rimbun dan rendang. Ia mampu mencapai ketinggian sehingga 20m. Daun rambutan tersusun secara berpasangan, berselang-seli dengan 3 hingga 9 anak daun. Pokok rambutan mengeluarkan buah dalam satu tangkai di hujung ranting. Buah rambutan berbentuk bujur atau hampir bulat mengikut varieti atau klon. Ketika muda buah rambutan berwarna hijau dan menjadi kuning atau merah setelah masak. Kulit buah rambutan mempunyai rambut/bulu yang berukuran di antara 0.8-1.0cm. Terdapat dua jenis rambutan yang biasa dijumpai iaitu jenis isi lekang dan rasanya manis Satu lagi jenis isi tidak lekang daripada biji dan rasanya masam. Terdapat 193 klon rambutan yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia tetapi hanya 7 klon disyorkan untuk ditanam secara komersil iaitu klon R 134, R 156, R 162, R 167, R 170, R 191 (rambutan 'anak sekolah') dan R 193.

Kegunaan Dan Kandungan Nutrien

Buah rambutan biasanya dimakan segar, ditinkan dan dibuat jem. Dalam setiap 100g isi buah rambutan terdapat 84.7% air, Tenaga 59.9, Protein 0.7g, Lemak 0.1g, Karbohidrat 13.9g, Fiber 0.2g, Kalsium 22.0mg, Fosforus 30.0mg, Besi 2.5mg, Thiamin 0.01mg, Riboflavin 0.04mg, Niacin 0.1 mg, Vitamin C 38.6mg.

Sunday, July 18, 2010

Sira Labu

Sira labu dijadikan makanan pencuci mulut atau 'dessert' semasa majlis kenduri kahwin di Kelantan.

Sira labu adalah salah satu makanan tradisional yang berasal dari Kelantan. Ia cukup popular apabila tiba musim majlis kenduri kahwin. Sira labu menjadi salah satu menu wajib dalam hidangan semasa kenduri. Ia dimakan sebagai pencuci mulut kerana rasanya agak manis. Inspirasi untuk membuat sira labu ini datangnya daripada kak Rosaliza. Dan ia disempurnakan dengan baik oleh isteri penulis. Labu madu ini yang digunakan untuk membuat sira. Sira labu seperti dalam foto di atas menggunakan sedikit santan.

Labu

Pokok labu. Pucuknya sedap dimasak lemak.
Isi labu kuning ini daripada buah labu madu.

Nama Botani : Cucurbitamoschata
Famili : Cucurbitaceae

Pengenalan

Labu merupakan tmubuhan jenis menjalar dan memanjat yang berasal dari Amerika Selatan. Labu adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh. Selain daripada buah, pucuk dan biji labu boleh dijadikan makanan.

Kegunaan
Buah labu mengandungi vitamin A dan vitamin C yang tinggi. Labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Isi labu yang direbus dipercayai dapat merawat tekanan darah tinggi, penyakit kuning dan mengawal diabetes. Isi labu yang dilumatkan boleh digunakan untuk merawat luka kecil seperti terbakar atau luka terhiris benda tajam.

Vitamin A, vitamin C dan Alpha hydrox-acid yang sterkandung dalam labu sangat baik untuk kulit.  Kandungan beta-karotin dalam labu merupakan antioksidan yang mampu mencegah penuaan dan kanser. Zat besi  dapat meningkatkan sistem imun tubuh dan mengurangkan risiko osteoporosis. Labu juga dapat menurunkan potensi untuk mendapat serangan penyakit jantung. Mengikut kajian yang dibuat, dengan memakan 10 biji kuaci biji labu sehari dapat mencegah masalah batu karang.

Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam, ditapis dan dimiunm sebelum tidur dapat merawat masalah kecacingan bagi kanak-kanak. Isi buah labu juga boleh membuka selera bagi anak-anak yang kurang selera makan.

Selain buah yang boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakann, pucuk labu juga boleh dibuat masakan seperti masak lemak.

Aloe Vera

Daun pokok aloe vera yang mempunyai duri pada bahagian tepi.
Nama Botani : Aloe vera Linn.
Famili : Liliaceae

Pengenalan

Pokok aloe vera atau nama tempatannya, lidah buaya berasal dari Afrika utara. Ia hidup subur di kawasan tanah berpasir, bercuaca panas dan kering. Aloe vera juga mampu hidup dalam semua keadaan cuaca di seluruh dunia dan terdapat 500 jenis aloe vera. Aloe vera ditanam sebagai pokok hiasan dan kegunaannya dalam perubatan herba. Aloe vera hanya membiak melalui kaedah pembahagian rumpun(anak).

Kegunaan

Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein. Daun aloe vera atau lidah buaya akan mengeluarkan jeli jika diramas dan ia boleh digunakan untuk mengurangkan kedutan pada kulit muka dan tangan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembab dan pelembut untuk kulit dan rambut serta dapat digunakan untuk menyubur, menghitam dan mengurang keguguran rambut. Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, jeli daripada aloe vera disapu pada kulit kepala dan penggunaan secara secara rutin dan berjadual akan menghasilkan kesan yang sangat baik.

Jeli aloe vera juga dapat digunakan untuk merawat luka-luka kecil, terbakar, bengkak, sembelit dan gatal-gatal pada kulit. Jeli aloe vera yang dimakan segar dikatakan boleh mengubati penyakit leukimia dan barah paru-paru. Ia juga boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada saluran pernafasan pada kanak-kanak. Jelinya dapat mengurangkan panas dan bahang dengan menyapu pada kulit. Daun aloe vera juga digunakan sebagai anti-biotik, anti-bakteria dan anti-kulat serta mengubati kecederaan tisu disebabkan oleh radiasi. Untuk merawat penyakit darah tinggi atau kolesterol, jeli daripada aloe vera dijadikan jus dan diminum(rasanya sangat pahit).

Friday, July 16, 2010

Sepenoh

Pokok sepenoh


Nama Botani : Proiphys amboinensis (L)
Famili : Amaryllidacea

Pengenalan

Pokok sepenoh atau sepenuh ini adalah tumbuhan jenis bebawang yang berasal dari Asia Tenggara. Ia biasanya tumbuh liar dan ada yang ditanam sebagai pokok hiasan. Daun pokok sepenoh berbentuk jantung, berwarna hijau dengan urat daun yang jelas kelihatan. Sepenoh mengeluarkan bunga dalam bentuk jambak dengan setiap jambak mempunyai 10 atau lebih kuntum bunga yang akan  mekar satu persatu. Pokok sepenoh boleh dibiak melalui bebawang, pecahan rumpun dan biji benih.

Kegunaan

Keseluruhan bahagian pokok ini sepenoh mengandungi likorin, mineral, karbohidrat dan serat. Namun begitu, pokok tidak boleh dijadikan makanan. Daun pokok sepenoh yang ditumbuk lumat dan ditampal pada tempat berkenaan dipercayai dapat merawat penyakit sendi(reumatisme). Cecair daripada bebawang pokok ini mampu merangsang muntah utnuk merawat masalah keracunan akibat racun / bisa serangga dan racun dalam makanan atau minuman.

Di sesetengah tempat, daun pokok ini digunakan dalam upacara ritual untuk menghalau makhluk halus daripada memasuki rumah. Ada juga yang mempercayai dengan menanam pokok ini di kawasan tanaman boleh akan membuatkan hasil tuaian meningkat dan bertambah. Daun sepenoh ini juga sering digunakan sebagai kipas dalam upacara perkahwinan kaum atau etnik tertentu.

Thursday, July 15, 2010

Bunga Part VIII

Untuk koleksi bunga dalam siri ke VIII ini merupakan bunga-bunga yang penulis sendiri tidak mengetahui namanya tetapi ada di sekitar rumah. Jika ada pembaca yang mengenali bunga-bunga ini, sila berikan komen. Terima kasih.


Pokok bunga ini jenis memanjat tetapi berbatang agak keras. Ia sering ditanam di pergola atau para-para.


Bunga berbentuk corong ini tidak mempunyai bau tetapi menarik perhatian serangga kerana madunya.

Kombinasi warna yang menarik perhatian. Bunga ini bersaiz sebesar kira-kira 15mm lebar dan 25mm tinggi.


Bunga daripada pokok jenis bebawang ini jarang berbunga

Tomato

Buah tomato yang masih hijau dan akan bertukar merah apabila masak.


Nama Botani : Lycopersicon cycopersicum (L)
Famili : Solanaceae.

Pengenalan
Pokok tomato merupakan tumbuhan yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang tumbuh menegak(determinate) dan menjalar(indeterminate). Perbezaannya dapat dilihat melalui ciri-ciri buah yang membezakan varietinya. Tomato sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi dan terdapat juga varieti tomato yang sesuai di tanam di tanah rendah.

Kegunaan

Tahukah anda warna merah pada buah tomato yang masak adalah disebabkan likopena, iaitu karotenoid yang memberikan warna merah kepada tomato. Likopena lebih efektif sebagai antioksida berbanding beta karoten dan alpha tocopherol. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, tomato merah juga dapat boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Kajian mendapati bahawa pes tomato, sos tomato dan jus tomato mengndungi likopena yang sangat tinggi. Likopena membantu mengurangkan paras kolesterol LDL dan ia juga dapat mengawal tekanan darah. Likopena akan dikumpulkan di organ tertentu dalam badan diantaranya hati, paru-paru, pundi prostat, usus besar dan kulit.

Tomato membekalkan 40 peratus daripada keperluan harian vitamin C. Tomato bersifat alkali dan ia membantu memberi keseimbangan akibat pengambilan makanan bersifat berasid yang kerap. Lebihan asid dalam bendalir badan yang mengakibatkan sakit kepala, keletihan, susah tidur, sakit sendi, susah hadam dan sakit-sakit otot.

Wednesday, July 14, 2010

Bunga Part VII

Bunga-bunga dalam siri ke VII ini merupakan bunga daripada pokok yang telah dijadikan bahan dalam Dedaun Alam. Untuk mengenali pokok dan info mengenainya, klik link di bawah foto.


Pokok kaempferia galanga yang berbunga cantik.


Ramai pembaca mungkin mengatakan bunga ini adalah daripada spesis orkid. Yang sebenarnya ia adalah bunga tamarindus indica

Bunga kaempferia pandurata ini bersaiz agak kecil, perhatikan semut pada bahagian atas bunga.


Pokok jatropha podagrica mengeluarkan bunga yang berbentuk batu karang(coral)

Durian Belanda


Buah durian belanda mepunyai duri yang lembut

Nama Botani : Annona muricata L.
Famili : Annonaceae

Pengenalan

Pokok durian belanda merupakan tumbuhan yang berasal dari Benua Amerika dan Amerika Selatan. Nama "belanda" pada durian ini dan variasinya disebabkan ianya dibawa masuk ke Asia Tenggara pemerintah kolonial Hindia-Belanda(Sepanyol) pada abad ke-19. Durian belanda juga dikenali dengan nama durian selat atau durian sayur (Kelantan), durian Eropah (Langkawi) dan sirsak (Indonesia). Ketinggian pokok durian belanda hanya mencapai kira-kira 9 meter. Bunga durian belanda mempunyai tiga kelopak berwarna hijau dan berubah menjadi kekuningan apabila mekar. Buahnya berduri(rujuk foto) tetapi durinya agak lembut. Isi buah durian belanda berwana putih dan mempunyai biji yang banyak, berwarna hitam serta dilindungi oleh cengkerang biji yang keras. Tumbuhan ini membiak melalu keratan batang dan biji benih.

Kegunaan

Buah durian belanda mengandungi karbohidrat, fruktosa, amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline, tannin vitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2. Bijinya beracun dan dapat digunakan sebagai insektisida semulajadi untuk pokok sayuran.

Kajian yang dibuat mendapati durian belanda mampu merawat dan mencegah seseorang daripada risiko mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat. Daun durian belanda yang dijadikan serbuk teh dan diminum dipercayai dapat merawat sakit kerongkong. Akar, kulit dan daunnya dipercayai boleh mengubati kencing manis. Minyak yang terhasil daripada daun atau buahnya yang masih muda dan dicampurkan dengan minyak zaitun dapat digunakan untuk mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal badan. Jus yang dihasilkan daripada buah durian belanda diminum untuk meredakan demam, membunuh cacing(masalah kecacingan bagi kanan-kanak) dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai membantu mengubati penyakit jantung, batuk dan membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh penyelidik, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Info di bawah ini diperolehi daripada kotak e-mel penulis yang diterima pada Februari 2009.

Natural Cancer KILLER - 10,000 times stronger than Chemo and more.....

How many people died in vain while this billion-dollar drug maker concealed the secret of the miraculous Graviola tree?

If there ever was a single example that makes it dramatically clear why the existence of Health Sciences Institute is so vital to Americans like you, it's the incredible story behind the Graviola tree.

The truth is stunningly simple: Deep within the Amazon Rainforest grows a tree that could literally revolutionize what you, your doctor, and the rest of the world thinks about cancer treatment and chances of survival. The future has never looked more promising.

Research shows that with extracts from this miraculous tree it now may be possible to...

•Attack cancer safely and effectively with an all-natural therapy that does not cause extreme nausea, weight loss and hair loss

•Protect your immune system and avoid deadly infections

•Feel stronger and healthier throughout the course of the treatment

•Boost your energy and improve your outlook on life

The source of this information is just as stunning: It comes from one of America 's largest drug manufacturers, the fruit of over 20 laboratory tests conducted since the 1970's! What those tests revealed was nothing short of mind numbing... Extracts from the tree were shown to:

•Effectively target and kill malignant cells in 12 types of cancer, including colon, breast, prostate, lung and pancreatic cancer.

•The tree compounds proved to be up to 10,000 times stronger in slowing the growth of cancer cells than Adriamycin, a commonly used chemotherapeutic drug!

•What's more, unlike chemotherapy, the compound extracted from the Graviola tree selectively hunts down and kills only cancer cells. It does not harm healthy cells!

The amazing anti-cancer properties of the Graviola tree have been extensively researched--so why haven't you heard anything about it? If Graviola extract is as half as promising as it appears to be--why doesn't every single oncologist at every major hospital insist on using it on all his or her patients?

The spine-chilling answer illustrates just how easily our health--and for many, our very lives(!)--are controlled by money and power.

Graviola--the plant that worked too well

One of America 's biggest billion-dollar drug makers began a search for a cancer cure and their research centered on Graviola, a legendary healing tree from the Amazon Rainforest.
Various parts of the Graviola tree--including the bark, leaves, roots, fruit and fruit-seeds--have been used for centuries by medicine men and native Indians in South America to treat heart disease, asthma, liver problems and arthritis. Going on very little documented scientific evidence, the company poured money and resources into testing the tree's anti-cancerous properties--and were shocked by the results. Graviola proved itself to be a cancer-killing dynamo.

But that's where the Graviola story nearly ended.

The company had one huge problem with the Graviola tree--it's completely natural, and so, under federal law, not patentable. There's no way to make serious profits from it.

It turns out the drug company invested nearly seven years trying to synthesize two of the Graviola tree's most powerful anti-cancer ingredients. If they could isolate and produce man-made clones of what makes the Graviola so potent, they'd be able to patent it and make their money back. Alas, they hit a brick wall. The original simply could not be replicated. There was no way the company could protect its profits--or even make back the millions it poured into research.

As the dream of huge profits evaporated, their testing on Graviola came to a screeching halt. Even worse, the company shelved the entire project and chose not to publish the findings of its research!

Luckily, however, there was one scientist from the Graviola research team whose conscience wouldn't let him see such atrocity committed. Risking his career, he contacted a company that's dedicated to harvesting medical plants from the Amazon Rainforest and blew the whistle.

Miracle unleashed

When researchers at the Health Sciences Institute were alerted to the news of Graviola, they began tracking the research done on the cancer-killing tree. Evidence of the astounding effectiveness of Graviola--and its shocking cover-up--came in fast and furious...

...The National Cancer Institute performed the first scientific research in 1976. The results showed that Graviola's "leaves and stems were found effective in attacking and destroying malignant cells." Inexplicably, the results were published in an internal report and never released to the public...

...Since 1976, Graviola has proven to be an immensely potent cancer killer in 20 independent laboratory tests, yet no double-blind clinical trials--the typical benchmark mainstream doctors and journals use to judge a treatment's value--were ever initiated...

...A study published in the Journal of Natural Products, following a recent study conducted at Catholic University of South Korea stated that one chemical in Graviola was found to selectively kill colon cancer cells at "10,000 times the potency of (the commonly used chemotherapy drug) Adriamycin..."

...The most significant part of the Catholic University of South Korea report is that Graviola was shown to selectively target the cancer cells, leaving healthy cells untouched. Unlike chemotherapy, which indiscriminately targets all actively reproducing cells (such as stomach and hair cells), causing the often devastating side effects of nausea and hair loss in cancer patients.

...A study at Purdue University recently found that leaves from the Graviola tree killed cancer cells among six human cell lines and were especially effective against prostate, pancreatic and lung cancers...

Seven years of silence broken--it's finally here!

A limited supply of Graviola extract, grown and harvested by indigenous people in Brazil , is finally available in America . The full Graviola story--including where you can get it and how to use it--is included in Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother's Milk, a Health Sciences Institute FREE special bonus report on natural substances that will effectively revolutionize the fight against cancer.

This crucial report (along with five more FREE reports) is yours ABSOLUTELY FREE with a new membership to the Health Sciences Institute. It's just one example of how absolutely vital each report from the Institute can be to your life and those of your loved ones.

From breakthrough cancer and heart research and revolutionary Amazon Rainforest herbology to world-leading anti-aging research and nutritional medicine, every monthly Health Sciences Institute Member's Alert puts in your hands today cures the rest of America --including your own doctor(!)--is likely to find out only ten years from now.

You need the Health Sciences Institute in your life because you and your loved ones deserve to know--and you deserve to know it NOW!!

Monday, July 12, 2010

Salak


Pokok salak ini menghasilkan buah yang lebat. Isinya manis dan sedikit kelat


Nama Botani : Salacca Edulis

Famili : Palmae

Pengenalan

Pokok salak merupakan tumbuhan dari keluarga palma yang tumbuh liar. Namun kini, salak telah ditanam secara komersial. Pokok salak mempunyai duri yang sangat tajam pada kesuluruhan bahagian pokok kecuali daun. Pokok salak terdiri daripada pokok jantan dan betina secara berasingan. Ini bermakna, pokok salak memerlukan pasangan untuk menghasilkan buah. Pokok salak biasanya membiak melalui biji benih dan pecahan rumpun.

Kegunaan

Buah salak memiliki kandungan gizi yang cukup tinggi. Buah salak boleh dimakan secara segar atau dijeruk. Buah salak juga ditinkan, dibuat jus, kaya dan kerepek. Isi buah salak yang masih muda boleh dijadikan rojak. Isi buah salak mengandung kalsium, tanin, saponin dan flavonoida. Buah salak yang muda dapat merawat cirit birit iaitu dengan memakan isi buahnya secara segar dalam kuantiti yang sedikit (lebih kurang 20gm). seperti kebanyakan tumbuhan spesis palma yang lain, umbut salak juga boleh dimakan.

Mengikut kajian, buah salak boleh melambatkan proses penuaan kerana mempunyai bahan anti-oksidan. Ia juga mengandungi phytochemical iaitu bahan kimia semula jadi yang mengurangkan risiko penyakit kanser. Penyelidik Jabatan Seni Kulinari dan Perkhidmatan Makanan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Terengganu telah berjaya menghasilkan jus dan kaya daripada buah salak.

Sunday, July 11, 2010

Nasi Dagang Kelantan

Nasi dagang Kelantan sedia untuk dimakan.

Nasi dagang  dimasak mengguna beras nasi dagang yang dibeli di Kelantan.


  





Gulai ikan tongkol atau aya.











Dari Kelantan ke Langkawi. Nasi dagang yang berasal dari Kelantan dan dibuat oleh anak jati Langkawi. Beras yang digunakan sememangnya khusus untuk membuat nasi dagang dibeli di Kelantan. Nasi dagang ini dimasak menggunakan resepi rahsia yang diperolehi daripada arwah nenek penulis. Arwah nenek penulis adalah seorang peniaga warung nasi dagang suatu waktu dulu. Kini, resepi tersebut diterjemahkan oleh mahsuri(isteri) penulis dengan begitu baik biarpun ini kali pertama nasi dagang dibuat olehnya. Nasi dagang yang dimasak tidak melekit atau lembik. Petua oleh arwah nenek memang menjadi. Bahan-bahan untuk membuat nasi dagang adalah sama seperti nasi dagang lain iatu beras nasi dagang, halia, halba, bawang putih, bawang merah dan garam. Gulai ikan tongkol pula merupakan pasangan yang paling sesuai untuk nasi dagang. Kepada pembaca yang berminat untuk membuat nasi dagang ini, sila buat carian di internet untuk dapatkan resepinya.

Periuk Kera

Pokok periuk kera atau belanga kera

Nama Botani : Nepenthes spp.
Famili : Nepenthaceae

Pengenalan

Pokok periuk kera yang juga dikenali dengan nama belanga kera biasanya tumbuh liar di kawasan lembab dan terbuka seperti paya. Pokok periuk kera sangat unik kerana mempunyai periuk dengan penutup yang menhalang air hujan memasuki dan bertakung di dalamnya. Bahagian dasar periuk mengandungi pepsin. Bahan kimia ini berfungsi untuk menghadamkan serangga yang terperangkap di dalam periuknya dan menukarkannya kepada nutrien untuk tumbuhan ini. Pokok periuk kera membiak melalui pecahan rumpun.

Antara spesies periuk kera yang terdapat di Malaysia :

a)Nepenthes albormarginata turut dikenali N tomentella Miq yang boleh ditemui di puncak bukit rendah, kawasan terbuka bertanah gambut, kawasan batu kapur, hutan rawa atau kawasan berpasir di Borneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia, mampu tumbuh subur pada ketinggian 1000 meter ke bawah.

Spesies ini memiliki bingkai leher berwarna putih bersama bulu baldu di bawah peristomanya. Serlahan ini tidak dimiliki Periuk Kera lain. Kendinya pula memanjang sehingga 15 cm dengan keunikan teksturnya yang kebalduan. Hijau adalah serlahan warna awal kendinya yang akan berubah menjadi merah, unggu dan berakhir dengan hitam.

Tumbuhan ini ini gemar makan anai-anai. Apa pun, sehingga kini tiada kajian terperinci bagaimana pokok ini bertindak memerangkap anai-anai kecuali hanya menemui beribu-ribu anai- anai memenuhi kendi lamanya. Kacukan spesies ini dikenal pasti jarang ditemui.

b)Nepenthes ampullaria juga dipanggil N ampullaceae Low memang mudah dikenali kerana kendinya berbentuk bujur telur atau lonjong bersama serlahan peristoma yang lebar dan rekahan sempit penutup/tudung kendi yang tidak pernah menutup permukaan mulut kendinya.

Spesies ini hanya ditemui memiliki kendi berwarna hijau dan sebahagian lagi ada adunan warna tompokan coklat dan ungu. Beberapa kendinya boleh ditemui di bahagian bawah dalam satu jambak yang sebahagiannya tertanam atau tertimbus dengan daun kayu reput. Kendi-kendi ini bertunas daripada susunan pucuknya dan mengeluarkan warna kilauan.

Sementara kendi pada bahagian atas boleh ditemui pada celahan daunnya atau cabang sulur paut juga dalam serlahan berjambak. Kendi ini hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat serta jarang ditemui berbanding kendi di permukaan tanah. Pokok ini boleh memanjat pokok lain sehingga 15 meter.

c)Nepenthes bicalcarata boleh dibezakan dengan spesies lain kerana ia satu-satunya pokok Periuk Kera yang memiliki duri dari tudungnya. Duri ini adalah sebahagian daripada peristomanya. Kendinya berukuran 25cm panjang dan 16cm lebar.

Tumbuhan ini boleh ditemui di kawasan sawah bertanah gambut sekitar ketinggian 950 meter dari paras laut dan tumbuh meliar di Sabah, Sarawak dan Brunei. Ia juga sesuai dikacuk dengan hybrid X ampullaria, X gracilis, X mirabilis dan X rafflesiana.

d)Nepenthes edwardsiana pula hanya boleh ditemui di kawasan bukit berlumut yang ketinggian antara 1500 hingga 2700 meter dari paras laut. Kendinya memang cantik dan menarik dengan saiz 50cm panjang dan 15cm lebar.

e)Nepenthes fusca yang memiliki kendi berukuran 20cm panjang dan 4cm lebar juga boleh ditemui di kawasan sama, manakala Nepenthes mirabilis yang mempunyai sehingga 16 nama panggilan lain hidup subur di kawasan basah, hutan terbuka dan tepian paya terbiar.

f)Nepenthes rafflesiana adalah spesies Periuk Kera yang besar. Kendinya boleh membesar sehingga 40cm dengan bulu kemerah-merahan yang lazimnya berselindung disebalik susunan dedaun muda. Kendinya dikatakan sentiasa dilawati semut dan kelihatan seolah-olah bukan pokok insektivor. Bagaimanapun, cecair dalam kendinya sentiasa kelihatan likat untuk memerangkap mangsa. Spesies ini adalah tumbuhan liar yang biasa ditemui di kawasan tanah rendah di Brunei.

Kegunaan

Air yang terdapat didalam periuk kera ini dipercayai berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mata. Akarnya yang diasah pada pasu dan dicampurkan dengan kemenyan putih, dimasak sehingga mendidih, ditapis dan airnya diminum dapat merawat penyakit asma. Seluruh bahagian pokok ini yang dikeringkan dan direbus dapat digunakan sebagai herba lepas bersalin.

Friday, July 9, 2010

Jeremin @ Pokok Halau Nyamuk

Pokok jeremin atau lebih dikenali dengan nama pokok halau nyamuk


Nama Botani : Pelargonium radula
Famili: Geraniaceae

Pengenalan

Pokok jeremin merupakan tumbuhan hiasan yang ditanam di kawasan sekitar rumah. Ia tidak boleh didedahkan secara terus kepada pancaran matahari yang terik. Pokok ini lebih menggemari suasana yang redup seperti di bawah naungan pokok besar dan boleh ditanam di dalam rumah. Ia membiak melalui keratan batang. Pokok ini memerlukan siraman air secara berjadual(sekurang-kurangnya sekali dalam sehari) untuk memastikan ianya tidak menjadi layu dan  kering.

Kegunaan

Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah kerana berfungsi sebagai penghalau nyamuk.

Thursday, July 8, 2010

Parsli


Pokok parsli

Nama Botani : Petroselinum Crispum
Famili : Umbelliferae (Ammiaceae)

Pengenalan

Parsli merupakan sayuran ini berasal dari Mediterranean. Ia kini banyak ditanam di negara beriklim tropika terutama di kawasan tanah tinggi. Daun parsli sering digunakan sbagai penghias masakan kerana bentuk daunnya yang menarik.

Kegunaan

Parsli sebenarnya kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil. Buah dan akar parsli yang dihancurkan air boleh digunakan sebagai tonik untuk rambut dan penawar utnuk merawat nafas berbau. Ia juga membantu melawaskan pembuangan air kecil dan menurunkan tekanan darah. Parsli juga dipercayai dapat membantu meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak. Dan parsli yang dihancurkan kemudian ditampal pada tempat berkenaan dapat merawat bengkak, calar, lebam, luka, terseliuh dan gigitan serangga. Ia juga dapat menghentikan penghasilan susu ibu  jika ditampal beberapa kali pada payudara. Ibu hamil dan ingin hamil tidak digalakkan menggunakan parsli sebagai herba perubatan kerana ia mengandungi apiol yang boleh menyebabkan keguguran. Anda juga tidak boleh memakan parsli secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh menyebabkan masalah kepada buah pinggang, hati dan sistem penghadaman (perut).

Daun parsli mengandungi 9% air, 41% karbohidrat, 22% protein, 4% lemak, 10% fiber(serat), asid folik, furanokoumarin, glukosid, mineral, minyak esen, pro vitamin A, vitamin B1, B2, B3, B6 dan vitamin C.

Wednesday, July 7, 2010

Bendi

Pokok bendi



Bendi merupakan sayuran yang banyak ditanam di Malaysia kerana permintaan terhadapnya sentiasa tinggi. Bendi juga dikenali dengan nama kacang mior(Kelantan) dan kacang lendiaq(utara Semenanjung Malaysia). Bendi biasanya dijadikan bahan masakan atau dimakan sebagai ulam.

Bendi mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat. Ia juga kaya dengan zat galian, vitamin dan kalsium. Bendi juga merupakan sayur yang baik untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Biji, akar dan bunga bendi direbus. Air rebusan tersebut diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil, meredakan bengkak dan radang, dijadikan selusuh(bagi wanita hamil), merawat penyakit gonorea dan sifilis. Ia juga boleh digunakan sebagai ubat batuk dan ubat sakit kerongkong setelah dicampur dengan sedikit gula. Untuk mengubati bisul dan kudis, sapukan air rebusan tersebut pada tempat yang berkenaan.

Tuesday, July 6, 2010

Kemunting Cina

Pokok kemunting cina yang berbunga putih dan ungu

Bunga kemunting cina putih


Nama Botani : Catharanthus roseus
Famili : Apocynacea

Pengenalan

Pokok kemunting merupakan tanaman hiasan yang juga dikenali dengan nama tapak dara, janda kedah, kembang sari cina, ros pantai. periwinkle, rumput jalang, madagascar periwinkle, capeperiwinkle, old-maid, rose periwinkle dan rosy periwinkle. Ia berasal dari Madagascar dan biasanya boleh dijumpai di kawasan pantai dan juga kawasan berpasir. Batangnya berkayu pada bahagian bawah dan bercabang banyak yang akan muncul dari batangnya. Daunnya berbentuk bujur memanjang dengan rerambut halus pada kedua-dua sisinya. Pokoknya membiak melalui keratan batang dan biji benih.

Kegunaan

Pokok kemunting cina warna putih dapat mengubati penyakit kanser. Daun, bunga dan buah dimasukkan dalam mulut dan dikunyah hingga lumat serta ditelan. Air yang terdapat dalam bunga, buah dan daun dapat diserap oleh sel-sel kanser dan mendesak atau menghilangkan sel-sel kanser. Rebusan daun dapat mengurangkan sakit haid dan merawat gigitan serangga.

Pokok kemunting cina mengandungi cantharanthine, leorosine, lochnerine, vindotine, akuamine, vincamine, vinleurosin dan vinrosidin. Bahan-bahan tersebut dapat mengubati dan merawat pelbagai jenis penyakit. Ia juga mengandungi vinbalistin dan vincristine yang digunakan dalam kimoterapi untuk rawatan kanser.

Pokok kemunting cina menghasilkan alkaloid vinblastine dan vinkristine yang boleh merawat leukemia dan darah tinggi. 20 gram kemunting cina putih atau merah(yang telah dikeringkan) direbus menggunakan 1000ml air dan diminum airnya dipercayai mengubati penyakit tersebut.

Pokok kemunting cina dikategorikan sebagai tumbuhan beracun. Ia hanya boleh diambil dalam sukatan yang telah ditentukan dan dibenarkan sahaja. Wanita hamil dan sedang menyusukan bayi tidak digalakkan untuk mengamalkan persediaan herba ini dan minta nasihat doktor sebelum menggunakannya.